Rais: Tindakan Pelajar Berkampung Depan Angkasapuri Tidak Hormat Hak Orang

imagesJOHOR BAHARU – Tindakan sekumpulan pelajar berkampung dan berceramah di depan pintu gerbang Angkasapuri semalam tidak menghormati hak orang lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Saya dukacita kerana keadaan itu dilakukan dalam suasana nak pilihan raya dan tidak menghormati hak orang lain.

“Kita menghormati hak mereka di kampus, jadi mereka pun harus menghormati hak institusi-institusi yang telah dikanunkan di bawah perundangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Himpunan Pemandu Teksi Malaysia (PETEKMA) Johor di Angsana Johor Baharu Mall di sini, hari ini.

Rais berkata, Angkasapuri merupakan kawasan larangan dan tiada sesiapa boleh mengadakan tunjuk perasaan atau pengucapan umum di situ.

“Sekiranya ada pihak yang ingin menyuarakan sesuatu kepada Kementerian atau RTM, saya sedia menerima memorandum atau bertemu dengan mereka.

“Mereka tidak ada nak bertemu dengan kami tetapi terus berceramah di depan pintu gerbang, jadi itu adalah sesuatu di luar perundangan,” katanya.

Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengadakan “Occupy Angkasapuri” selepas solat Jumaat semalam dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM berhubung permohonan menganjurkan debat dengan Perdana Menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Tiga aktivis mahasiswa, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri untuk bertemu Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan RTM Mohd Nadzir Don.

Mereka dibebas dengan jaminan polis pada 8.30 malam semalam selepas disoal siasat. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: