Kadar Inflasi Tahun Ini Dijangka Kurang Daripada 2 Peratus

dtk-dr-awang-adek

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Kadar inflasi negara dijangka berada pada jajaran kurang dua peratus berdasarkan kemampuan dan keupayaan kerajaan Barisan Nasional dan Bank Negara Malaysia menguruskan kewangan dengan bijak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, ia juga berdasarkan kemampuan kerajaan mengekalkan harga barang-barang keperluas asas seperti beras, gula, minyak masak dan bahan bakar dengan pemberian subsidi.

“Ini terutama pada musim-musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Depavali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Nelayan Bachok dan penyampaian elaun sara hidup nelayan secara tunai di Pangkalang Petah di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 561 nelayan Bachok menerima wang tunai bagi bulan Febuari yang membabitkan peruntukan lebih RM1 juta.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumumkan kadar inflasi pada tahun lepas berkedudukan 1.6 peratus iaitu yang terendah berbanding Amerika (USA) 2.1 peratus, Singapura 4.6 peratus, Indonesia 4.3 peratus dan 3.0 Thailand.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, pemberian subsidi itu dapat mengekang inflasi yang terendah tidak sebagaimana negara-negara lain yang tidak dapat mengekang kenaikan harga barang kerana tidak mampu mengeluarkan subsidi ke atas barangan keperluan asas.

Beliau berkata, mithalnya harga gula hanya dijual RM2.50 sen di negara ini berbanding RM4.50 sen sekilo di kebanyakan negara lain.

“Dasar kewangan negara kita di bawah kerajaan BN tidak akan menggalakkan inflasi dan kerajaan akan terus berusaha mengekangnya,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu Awang Adek berkata ini berbeza dengan dasar Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang awal-awal lagi sudah mengumumkan akan memotong sebarang bentuk subsidi jika rancangan mereka berjaya Ke Putrajaya pada pilihan raya umum kelak.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: