Kerajaan Negeri Didakwa Musnahkan Bekalan Air Bersih Masyarakat Orang Asli Pos Hendrop

Sungai di kawasan Perkampungan Orang Asli di Pos Hendrop yang semakiin tercemar.

Sungai di kawasan Perkampungan Orang Asli di Pos Hendrop yang semakiin tercemar.

Oleh HANA MARYAM

GUA MUSANG – Kerakusan kerajaan Pas Kelantan meluluskan tanah kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembalakan dan pembukaan ladang kelapa sawit didakwa memusnahkan hampir keseluruhan bekalan air bersih dari kawasan tadahan bukit ke 20 kawasan perkampungan Orang Asli sekitar Pos Hendrop dekat sini.

Pengerusi Persatuan Orang Asli Kelantan (POAK), Elyas Anjang berkata, tindakan itu juga didakwa boleh mengganggu kemudahan bekalan air yang disediakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini.

“Kementerian sebelum ini membelanjakan RM20 juta bagi pembinaan kemudahan air tadahan bukit itu untuk penduduk di 20 kampung sekitar Pos Hendrop. Jika keadaan ini brterusan kemudahan itu tidak bertahan lama.

“Bukan sahaja kemudahan kawasan tadahan air bukit rosak, malah air sebatang sungai, yang sebelum ini menjadi alternatif bagi penduduk tempatan, turut kotor dan berselut terutama apabila hujan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pos Hendrop di sini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit.

Sehubungan itu, kerajaan negeri pimpinan Pas didesak turun sendiri ke kawasan terbabit bagi melihat sendiri apa yang berlaku kepada kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit akibat pembalakan dan pembukaan ladang secara berleluasa berhampiran penempatan mereka.

 

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: