Pengundi Hantu Gimik Politik Pakatan

imagesKOTA BHARU – Istilah pengundi hantu adalah satu gimik politik pihak pembangkang memandangkan apa yang disuarakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, hanya dihebahkan melalui media menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.

“Sudah tentu dalam apa juga sistem sekalipun mesti ada silap, namun kesilapan itu hanyalah satu hal yang kecil, malah pemilik nama Wan Muhammad Azri Wan Deris juga mengaku dirinya, tidak mempunyai kaitan dengan Papagomo dan bukan penulis blog terbabit.

“Jadi saya saya rasa istilah pengundi hantu tidak wujud seperti yang didakwa pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri majlis menyambut menantu pasangan adik beradik, Suhaizan Abdullah dan Raimi Abdullah yang melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan pasangan masing-masing di rumah keluarga mereka di Bunut Payong semalam.

Fatmi berkata, tahun demi tahun pengundi-pengundi berhijrah ke kawasan luar menyebabkan ramai pengundi baru datang dan pergi, maka ada di antara pimpinan kawasan tidak mengenali pengundi-pengundi di kawasan mereka, maka wujudlah istilah pengundi hantu.

“Ia hanya dijadikan sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa terdapat ketirisan yang berlaku dalam SPR yang sepatutnya tidak dipersoalkan memandangkan badan terbabit mempunyai kewibawaan sendiri sebagai pengendali urusan pilihan raya.

“SPR ini satu badan yang cekap serta efisien dan merupakan pihak yang boleh diharap, jadi dengan hanya satu dua kesilapan kecil kita tidak boleh menuding jari terhadap mereka memandangkan segala yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dalam kerajaan,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13, beliau berkata BN kini giat membuat persiapan PRU termasuk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) hingga ke cawangan dengan begitu rapi.

“Semua jentera sudah bersiap sedia dan keadaan ini merupakan satu persiapan di seluruh negara dan kita tidak mempunyai sebarang masalah memandangkan sambutan terhadap BN di Kelantan amat menggalakkan.

“Ia dapat dibuktikan melalui ceramah-ceramah BN dan Umno yang mendapat sambutan menggalakkan berbanding ceramah Pas yang kurang mendapat sambutan.

“Keputusan PRU membayangkan apa yang berlaku sebelum pilihan raya itu, jadi pada tahun ini, saya yakin BN akan menang dan mengambil alih tampuk pimpinan di Kelantan yang sudah lama memerintah namun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki sejak 23 tahun diperintah Pas. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: