Sumber Pendapatan Orang Asli Terjejas, Aktiviti Pembalakan Tidak Terkawal

DSC_0132

Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Kira-kira 1,854 ketua isi Rumah Orang Asli di Gua Musang kini berhadapan kesukaran untuk meneruskan kehidupan berikutan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di sekitar penempatan mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapha Mohamed berkata, mengikut laporan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ketika ini seluas 23,070.86 hektar tanah melibatkan 27 buah kampung di Gua Musang telah diteroka, termasuk untuk program Ladang Rakyat.

“Tindakan ini sekaligus mengancam kehidupan Orang Asli di kawasan Kuala Betis, Pos Brooke, Pos G08, Pos Bihai, Pos Simpor, Pos Blau, Pos Hendrop, Pos Hau, Pos Tuel dan Kuala Lah.

“Kawasan terbabit merupakan kawasan penempatan mereka dan kawasan rayau yang sudahpun diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman sebagai sumber pendapatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirim melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) hari ini.

Beliau berkata, berikutan penebangan hutan yang tidak terkawal itu menyebabkan Orang Asli di penempatan berkenaan menghadapi pelbagai masalah termasuk kemusnahan hasil tanaman, pencemaran sumber air bersih, kemusnahan kubur dan jalan kampung.

“Akibatnya sumber pendapatan dan kualiti hidup Orang Asli di kawasan terbabit telah terjejas dengan teruk,” katanya.

Menurut Mustapha, beliau difahamkan beberapa laporan mengenai perkara itu telah dibuat kepada Menteri Besar,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun aktiviti teresebut masih lagi berjalan.

Beliau berkata, rintihan Orang Asli terhadap tanah-tanah di kawasan penempatan mereka seakan-akan tidak lagi diambil peduli malah syarikat-syarikat yang berselindung di sebalik Ladang Rakyat dan lain-lain projek pertanian begitu rakus menebang dan mengeluarkan balak dari kawasan tersebut.

Katanya, kerajaan negeri tidak begitu serius menangani masalah ini walaupun perkara ini telah berbangkit khususnya membabitkan kebajikan dan penghidupan orang Asli di Gua Musang.

Katanya lagi, selain tanah Orang Asli ini tidak diganti, mereka juga tidak mendapat sebarang imbuhan daripada aktiviti tersebut sama ada dalam bentuk pekerjaan atau pampasan yang sewajarnya.

“Jika ini dibiarkan berterusan tidak mustahil bencana alam lebih teruk akan berlaku sedangkan sekarang inipun sungai yang dahulu begitu jernih mengalir di Hulu Kelantan kini telah bertukar warna dan memusnahkan ekosistem di kawasan terbabit,” katanya.

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: