Veteran UMNO Atur Gerak Kerja Capai Kemenangan

Gandingan kepimpinan yang berwibawa membuatkan sokongan rakyat terhadap BN bertambah.

Gandingan kepimpinan yang berwibawa membuatkan sokongan rakyat terhadap BN bertambah.

Oleh HANA MARYAM

BACHOK – Majlis Veteran UMNO akan menggerakkan jenteranya di beberapa buah kawasan Dewangan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berpotensi mencapai kemenangan pada pilihanraya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Rozali Ishok berkata, jentera terbabit akan ditempatkan di 30 daripada 45 kawasan DUN bermula sekarang sehingga ke hari pembuangan undi.

“Dun-dun berkenaan termasuk di parlimen Gua Musang, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Bachok. Jika tiada sabotaj sesama sendiri kawasan itu akan menjadi milik Barisan Nasional (BN),” katanya pada majlis pelancaran gerak kerja menampal 100,000 poster “Keluargaku Pengundi Barisan Nasional” peringkat negeri oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di Pangkalang Petah di sini, hari ini.

Beliau berkata, melihatkan sambutan positif dari rakyat di kawasan berkenaan tidak mustahil Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan.

“Kewibawaan pemimpin seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin menyerlahkan keupayaan BN mencapai kemenangan berbanding dengan Pas yang hanya bergantung kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering sahaja uzur.

“Sambutan positif rakyat di kawasan-kawasan terbabit terutama pada setiap ceramah yang diadakan berbeza dengan parti pembagkang menunjukkan jelas rakyat mula memberikan sokongan kepada BN,” katanya.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya mempunyai 3,000 keanggotaan di setiap DUN berkenaan iaitu satu pertiga daripada jumlah 800,000 pengundi di Kelantan.

Mengenai poster berkenaan beliau berkata, setiap anggota dikehendaki menampal poster di didnding rumah masing-masing untuk menyatakan sokongan dan kepastian tiada anggota keluarga masing-masing memihak kepada parti pembangkang.

Katanya, ianya juga memberi amaran kepada anggota Pas yang melancarkan kempen dari rumah ke rumah bahawa mereka tidak diperlukan lagi mengunjungi rumah yang mempunyai tanda berkenaan.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: