Bermusuh Dalam Politik Jangan Sampai Bunuh, Kata Mahathir

imageKUALA LUMPUR – Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

“Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

“Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

“Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada,” kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana ‘Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam’ di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Media tempatan hari ini melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan ‘Amanat Haji Hadi’ yang mendakwa Umno kafir. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: