Hasan Ali Yakin Ulama Pondok Buat Kajian Sebelum Putus Undi Pas Haram

imagesMUAR – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali yakin kumpulan ulama muda dan pondok di Kelantan telah membuat kajian sebelum memutuskan mengundi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Beliau percaya mereka membuat keputusan itu setelah merujuk kepada kitab-kitab dan menghubungi ulama-ulama besar termasuk dari luar negara.

“Selain itu, mereka juga (mungkin) telah menilai apa yang dilakukan pimpinan Pas sekarang jauh menyimpang berbanding semasa (di bawah pimpinan) Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Yusuf Rawa serta Ustaz Fadzil Noor.

“Kalau mereka berada pada zaman itu, saya percaya ulama-ulama pondok dan ulama muda ini tidak akan membuat kenyataan seperti itu,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis anjuran Gerakan Belia 4B kawasan Parlimen Ledang di Dataran Stulang, Tanjung Agas di sini.

Beliau mendakwa Pas kini terlalu tunduk pada tekanan DAP dan menjadi alat kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi perdana menteri.

“Ini menyebabkan Pas bukan lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka, jadi lebih eloklah orang Melayu dan umat Islam memastikan mereka tidak memberi undi kepada pembangkang pada PRU-13 nanti,” katanya.

Dalam ceramahnya itu  beliau turut menggesa orang Melayu dan umat Islam di Johor supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk memenangi sebarang kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini.

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dipecat kerana ketegasannya menangani isu murtad itu berkata, umat Islam Malaysia akan berhadapan dengan masalah jika membenarkan pembangkang berkuasa.

“Ini kerana pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim memperjuangkan Islam liberal. Ini bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat mempertahankan kerajaan sedia ada bagi mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara selama ini. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: