Kerja Kuat UMNO Di Permatang Pauh Menakutkan Anwar

imagesNIBONG TEBAL – Punca Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh

kerana rasa tergugat dengan usaha berterusan dan kerja kuat UMNO dalam mendekati rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Anwar semakin terdesak dan bimbang dengan kedudukannya di Permatang Pauh kerana sokongan terhadapnya semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, rakyat di Permatang Pauh juga sudah kembali memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) setelah mendapati Ketua Pembangkang itu tidak membela rakyat di kawasan itu.

“Anwar tidak memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan yang diwakilinya kerana sering berada di luar Permatang Pauh,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan baucar Karisma@Hati Rakyat di Dewan Nur, Jawi dekat sini.

Sebanyak 450 orang kurang upaya (OKU), miskin, ibu tunggal dan warga emas menerima baucar bernilai RM200 setiap seorang. Terdapat 1,500 orang yang layak menerima baucar di Parlimen Nibong Tebal.

Desas-desus mengatakan Anwar akan bertanding sama ada di Perak dan Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal berkata, jentera UMNO sentiasa bergerak dan Anwar merasakan dia tidak selamat berada di Permatang Pauh.

Sebagai contoh, katanya, baru-baru ini, sebanyak 1,000 petugas pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di situ manakala ceramah yang diadakan di Permatang Pauh turut mendapat sambutan, menjadikan Anwar semakin tertekan.

Selain itu Zainal Abidin berkata, isu kalimah Allah juga menjadi punca Pas tawar hati terhadap Anwar.

Sehubungan itu, beliau yakin UMNO mampu merampas Parlimen Permatang Pauh ekoran sokongan rakyat meningkat terhadap parti tersebut dan BN. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: