Lagi Auta Husam Di Mahkamah – Apakah Kenyataan Bersumpah China Doll Akan Muncul?

husam musa3bKOTA BHARU – Harakahdaily dan Pas sekali lagi melancarkan propaganda busuk.

Kali ini untuk membantu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang juga Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan yang tersepit gara-gara sikapnya yang angkuh menyaman beberapa individu dan pengamal media.

Jika sebelum ini beliau melengah-lengahkan kes saman malunya terhadap penulis blog, Kickdefella, hari ini, Husam membuat satu lagi perkara yang mengejutkan apabila menarik balik saman terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwanya pemilik laman blog Papagomo tanpa sebarang sebab.

Peguam bela, Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Wan Muhammad Azri pada sidang media petang tadi memberitahu, pihak Husam secara tiba-tiba memohon kepada mahkamah supaya pemeriksaan balas yang sedang dilakukan oleh beliau terhadap Husam ditangguhkan seketika.

Katanya, selepas 15 minit mahkamah bersidang kembali, peguam Husam, Hisham Fauzi memohon kepada mahkamah untuk menarik balik dengan kebebasan menfailkan semula.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Harakahdaily. net melaporkan Husam akan menfailkan semula kes saman malu terhadap Wan Muhammad Azri kerana terlalu banyak bukti baru yang ditemui dan hakim telah menasihatkan Husam supaya menarik balik saman itu dan menfailkan semula saman baru selepas ini.

Lihat bagaimana propaganda busuk Harakah, mahkamah tidak bersidang tetapi media lidah bercabang telah menyiarkan tiga berita mengenai kes saman Husam terhadap Wan Muhammad Azri. Semua ini hanya untuk mewujudkan persepsi sedangkan situasi sebenar dalam mahkamah amat berbeza dan mungkin juga Husam menyedari beliau tidak ada harapan untuk menang.

Jadi perkara yang paling mudah untuk melepaskan diri adalah mencipta persepsi supaya mahkamah rakyat yang tidak mendapat bukti yang cukup membuat hukuman.

Namun apakah persoalan pokok keputusan Husam ini, apakah kerana kenyataan bersumpah seorang wanita warga China atau China Doll? apakah beliau terkejut dengan soalan pihak defendan mengenai pelacur di China?

Perlu diingat beban ada pada Husam untuk membuktikan bahawa Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papagomo.com dan ia bukan satu perkara mudah.

Husam menyaman Wan Muhammad Azri sebanyak RM10 juta kerana menyiarkan gambar di atas dan artikel bertajuk ‘gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember 2011 yang didakwa sebagai cubaan untuk mengaibkannya.

Imbas kembali bagaimana Husam ‘auta’ dalam kes saman malu penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Husam cuba sedaya upaya untuk membuatkan mahkamah tidak meneruskan perbicaraan dalam kes tersebut.

Khabarnya, sebelum perbicaraan penuh bermula pada 28 Februari lalu, Husam memohon kepada Mahkamah Tinggi Tinggi Kuantan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak permohonan itu.

Kemudian beliau memohon supaya perbicaraan ditangguhkan kerana mahu melantik peguam baru. Hakim Mariana menolak juga permohonan tersebut kerana mahkamah telah mengosongkan tarikh semata-mata untuk menyelesaikan perbicaraan itu dan tindakan menangguhkan akan membuang masa mahkamah.

Dan pada tarikh perbicaraan berlangsung Hisham Fauzi memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Husam telah memberitahunya pada malam sebelum itu bahawa beliau MC esok.

Kenyataan daripada Hisham menimbulkan kemarahan Hakim Mariana, bagaimana Husam tahu lebih awal esok beliau akan MC?

Daripada semua dua kes perbicaraan ini, satu kesimpulan mudah boleh dibuat, Husam sebenarnya tidak mahu perbicaraan itu berlangsung sekarang kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 akan muncul pada bila-bila masa.

Beliau bimbang perbicaraan tersebut akan memberi ruang kepada media UMNO untuk menyerangnya kerana pelbagai perkara akan timbul pada ketika itu. Seperti dakwaan wujudnya kenyataan bersumpah China Doll.

Husam akan hanya menggunakan Harakah dan blogger peliharaannya untuk memusingkan cerita di luar mahkamah untuk menyerang ke semua musuh-musuhnya. Husam memang licik seperti mana keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: