Mustapa: Pas Tidak Harus Cemuh Pemimpin BN

imagesGUA MUSANG – Pas tidak harus mencemuh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila rakyat Kelantan semakin menolak kepimpinan kerajaan Pas Kelantan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat semakin sedar selama 23 tahun memerintah Kelantan tidak banyak kemajuan dibawa parti pembangkang itu.

“Kini sudah sampai masanya rakyat beri peluang kepada BN memerintah Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan masyarakat di Kampung Jerek di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas beberapa kenyataan pemimpin Pas sejak kebelakangan ini yang dilihat semakin gelisah dengan pemimpin BN atas pelbagai bantuan yang dihulurkan untuk membantu kehidupan rakyat.

Yakin BN mampu merampas kuasa pemerintahan di Kelantan, beliau menegaskan rakyat tidak lagi mahu hidup dalam serba kekurangan berikutan kegagalan kerajaan Pas membawa perubahan di negeri itu.

“Kita simpati dengan masalah yang dihadapi rakyat dan berjanji akan menyelesaikan masalah terbabit jika BN diberi kuasa untuk memerintah Kelantan,” katanya dengan merujuk kepada isu tanah yang didakwa diserah kepada syarikat luar untuk pembangunan ladang pertanian. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: