Nik Aziz Mahu Bertanding Selamanya Kerana Tertekan

imagesKUALA LUMPUR  – Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang terus mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, hanya membuatkan beliau terus tertekan.

Ini kerana perjuangan parti itu bukan sahaja dipertikaikan oleh lawan politik tetapi juga akar umbi Pas.

Aktivis Pas, Norman Toha berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga tertekan dengan kemelut kepimpinan Pas Kelantan kerana tiada generasi pelapis yang mempunyai aura dan kewibawaan setanding untuk menggantikannya.

“Saya juga nampak beliau tertekan kerana gelombang rakyat Kelantan itu sendiri, mereka mahu pemimpin yang bukan sahaja mengangkat martabat Islam tetapi juga mampu memajukan Kelantan setanding dengan negeri-negeri lain.

“Malangnya saya rasa Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu memimpin atas faktor kesihatan dan usia, dia patut sedar bahawa perjuangan Islam itu sememangnya sepanjang hayat tetapi bukan selamanya sebagai pemimpin.

“Pada penghujung hayat Nabi Muhammad SAW pun Baginda telah meminta Saiyidina Abu Bakar untuk menjadi imam, ini untuk menunjukkan dalam faktor usia dan kesihatan yang uzur, kepimpinan perlu diberikan kepada orang yang dipercayai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13, sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekalipun.

Sementara itu, menurut seorang lagi aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin, Nik Abdul Aziz sewajarnya bermuhasabah diri mengenai faktor kesihatannya yang semakin uzur dan memberi peluang kepada generasi baharu.

“Sekiranya dahulu semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, beliau sibuk mencabar Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan namun sekarang perkara itu terbalik dan berlaku kepada dirinya.

“Dari segi peribadi, dia sepatutnya bermuhasabah diri kerana keadaan kesihatannya akan menjadi liabiliti kepada parti dan seolah-olah tidak ada generasi baharu dalam Pas,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: