Husam Tak Belawok, Cuma Kena Tunggu Setahun Lebih

TOK JANGGUT

btasastadiumSudah lama Tok Janggut tak menulis. Tok Janggut bukan berehat tapi sibuk nak tangkap Jin Tanah yang banyak berkeliaran di Kelantan. Jin Tanah amat bahaya, kalau tak ‘igat’ cepat, dia telan habis semua tanah.

Tetapi ternyata Jin Tanah ini kebal. Banyak manusia hok dok bela dia. Puas Tok Janggut bomoh tetapi masih gagal sebab masalah utama ialah yang membela Jin Tanah ini, tok-tok lebai.

Setakat ini Tok Janggut masih berusaha Insya Allah tak lama lagi Tok Janggut dengan saing-saing akan igat bapa kepada segala Jin Tanah. Doakan agar kejayaan memihak kepada Tok Janggut dan rakyat Kelantan agar 1.7 juta ekar tanah hok Jin Tanah ini ambil dapat dikembalikan semula kepada yang berhak.

Tetapi pada kali ini, Tok Janggut tak sir cerita pasal Jin Tanah sebab nak cerita pasal pecah memecah tanah, sebab nak tunjuk bahawa kerajaan Tok Guru kota janji.

Kali ini, Tok Guru akan ulang sejarah pecah tanah. Jong kerja Husam Musa. Tok Guru dengan ‘arahan’ Husam akan pecah tanah untuk stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Cerita nak pecah tanah ini bukan baru. Sejak dua tahun lepas lagi. Ketika itu semua tengah gila dengan The Red Warriors. Rujuk lidah bercabang Pas, Harakahdaily.

Pahlawan merah ini ciptaan Annuar Musa – ahli dan pemimpin UMNO di Kelantan. Dek kerana takut anak muda sokong UMNO, Husam cipta propaganda baru bina stadium.

Tunggu punya tunggu akhirnya mimpi anak Kelate untuk lihat stadium baru hampir tercapai. Di peringkat 0000000000.1 peratus bila kerajaan Nik Aziz akan buat pecah tanah pada 30 Mac ini. Nak kata belawok kesian kepada tok guru sebab sebelum ini janji pecah tanah stadium Mac 2012. Akhirnya Mac 2013 baru jadi kenyataan.stadium dibina mac

Mungkin masa kecek hari tu, Husam lupa tahun kerana itu pecah tanah stadium, setahun kemudian baru jadi kenyataan. Itu pun hujung Mac, jadilah janji Mac. Kiranya belawok sekali saja tidak dua kali belawok – bulan betul, tahun jah tak betul.

Oh mungkin juga Husam silap kira sebab ingat pilihan raya Mac 2012 rupanya rapat jik ke Mac 2013 tak raya lagi sebab dok nampak bulan Pas sahaja.

Seingat Tok Janggut, bab pecah tanah ini, kerajaan Tok Guru kita memang champion. Paling klasik pecah tanah jambatan Palekbang – Kampung Cina. Puak-puak dia duk kata UMNO buat jambatan Yahya Petra tak siap tetapi jambatan hok dia buat sampai hari ini tak nampak gapo.

Oh Tok Janggut lupa tag line kerajaan Tok Guru, celik tak nampak, pejam baru nampak. Jadi kironya, Tok Janggut kena pejam mata dulu baru nampak jambatan itu Palekbang – Kampung Cina. Masa pejam mata tu, Tok Janggut nampak jambatan itu comel sangat, pada waktu malam bercahaya-cahaya, lebih comel dari jambatan hok ada di Putrajaya.

Contoh terbaru bab pecah tanah dan letak batu asas ini adalah Lebuh Raya Rakyat. Pecah Tanah dah dekat setahun tapi tak dok gapo lagi. Lidah bercabang Harakahdaily dok tunjuk gambar dok sodok tanah di Kampung Felcra Berangan Mek Nab. Sodok tanah tu bukan lambang nak buat lebuh raya. Sodok tanah nak ambil balak, nak buat ladang rakyat pun boleh jadi.

stadiumJadi Husam jangan dok kata lebuh raya rakyat dah mula. Bukti dulu bui nampak tar lebuh raya dulu, baru boleh kata kerja dah mula. Setakat pergi ke sana dan buka pelan, orang kampung pun boleh buat. Sa lagi Tok Janggut dok kelih papan tanda besar setiap kali sampai Gua Musang. Tok Janggut dok mikir bak po Lebuh Raya Rakyat hok Husam nak buat ni belok-belok. Pelik juga sebab sepahaman Tok Janggut lebuh raya kena lurus.

Jalan raya Pasir Mas – Kota Bharu hok rakyat dok panggil lebuh raya tu bentuk dia lurus, sebab luruslah rakyat panggil lebuh raya  walaupun tak cukup sifat lebuh raya.

Dikesempatan ini, Tok Janggut nak puji Husam dan Tok Guru sebab pandai pilih kawasan untuk mula projek lebuh raya ini. Tempat tu nama Kampung Felcra Berangan Mek Nab, memang sesuai untuk merealisasikan angan-angan. Tapi jangan jadi Mat Jenin berangan atas pokok nyor akhirnya jatuh ke bawah.

Kalau jambatan Palekbang kena tunggu 17 tahun, jadi tak pelik kalau rakyat kena berangan 20 tahun lagi untuk lihat jambatan ini menjadi kenyataan.

Akhir kalam, Tok Janggut sebenarnya berbangga dengan kerajaan Tok Guru kerana mempunyai visi yang tinggi biarpun orang panggil kerajaan batu asas.

Tags:

Categories: Editorial

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: