Isu Masjid: MB Kedah Digesa Minta Maaf

imageALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam berhubung tindakan kerajaan negeri mempolitikkan isu pembinaan 12 masjid melalui pengedaran buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, mereka kesal maklumat yang dicetak seolah-olah menggambarkan 12 masjid yang dibina sejak 2008 itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kenyataan terbabit tidak benar serta boleh mengelirukan rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan tidak terus membohongi rakyat dengan mengakui  projek pembangunan menggunakan peruntukan wang kerajaan pusat sebagai projek mereka.

“Jika beliau enggan berbuat demikian (mohon maaf) serta menarik balik fakta yang tidak benar itu, kita bersiap sedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk menyaman kerajaan negeri di mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan itu adalah satu perkara serius kerana membabitkan rumah ALLAH,” katanya kepada media di pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini, semalam.

Badrol berkata, mereka mendesak Azizan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan dengan tidak menyalahkan pihak lain termasuk memberi jawapan tidak tahu mengenai kewujudan senarai masjid terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Azmi Lateh tampil mendedahkan peruntukan membina 11 daripada 12 masjid berkenaan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sebuah lagi disumbangkan orang persendirian.

“Sepanjang tempoh lima tahun kerajaan pusat memperuntukkan RM38.4 juta membina 22 masjid baru termasuk melibatkan 11 masjid berkenaan. Daripada jumlah itu 14 masjid sudah siap manakala lapan masih dalam proses pelaksanaan.

“Berikut 11 masjid terbabit iaitu masjid baru di Bandar Laguna Merbok, Kuala Muda (RM1.8 juta) menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri, Masjid Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun (RM2 juta),” katanya.

Azmi berkata, Masjid Sungkop, Kuala Muda (RM1.8 juta),  Masjid Taman Mutiara, Kulim (RM2 juta), Masjid Taman Bersatu, Kuala Kedah (RM 1.5 juta), Masjid Taman Peruda (RM3 juta).

“Masjid Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau (RM1.3 juta), Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani (RM2.2 juta), Masjid Telaga Batu Ayer Hitam, Jerlun (RM1.4 juta), Masjid Bandar Baharu, Kulim-Bandar Baharu (RM5 juta) dan Masjid Kampung Nawa, Pokok Sena (RM1.8 juta).

“Manakala Masjid Batu 8, Sik adalah surau yang dinaik taraf kepada masjid pada pertengahan tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya orang persendirian,” katanya.

Beliau berkata, beberapa projek masjid yang masih dalam proses pembinaan dijangka siap selewatnya hujung tahun ini tidak termasuk permohonan baru pembinaan masjid tahun ini.

“Masjid yang siap akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk proses pengurusan.

“Dalam tempoh yang sama, peruntukan hampir RM100 juta digunakan untuk pembangunan aktiviti keagamaan selain membina masjid baru dan membaik pulih masjid, membina dan menaik taraf surau, bantuan turut diagihkan kepada tokong serta kuil,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: