Lagi Demo Rakyat Kelantan Bantah Pengambilan Tanah

gambar hiasan

gambar hiasan

TANAH MERAH  – Lebih 400 peneroka di Kampung Air Naga kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Ulu Bertam di sini berada dalam dilema kerana bimbang tanah seluas 3.2 hektar yang menjadi tapak rumah dan ladang mereka yang diusahakan sejak tahun 1984 akan diambil oleh kerajaan Pas Kelantan.

Lebih menyedihkan, 49 daripada mereka yang menerima tawaran pemilikan tanah dan telah pun membayar sejumlah wang sebagai bayaran premium masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada kerajaan Pas Kelantan mengenai status tanah tersebut.

Seorang peneroka, Mohd. Abdullah Mohamad, 59, mendakwa, pada Julai tahun lalu Pejabat Tanah dan Galian Jajahan Tanah Merah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Wan Yussof Wan Mustafa datang berjumpa penduduk untuk menawarkan geran tanah.

Namun dakwanya, penduduk perlu membayar sebanyak RM1,564 sebagai bayaran premium dan mereka dimaklumkan proses pengeluaran geran mengambil masa selama tiga bulan.

Bagaimanapun, dakwanya, selepas sebulan penduduk diminta supaya membayar pula bayaran tambahan dengan jumlah tertentu dan bayaran tambahan itu berbeza-beza dengan ada yang membayar RM373 dan RM316, namun masih tiada kerja mengukur tanah dijalankan meskipun bayaran telah dibuat.

“Kerajaan negeri ini tidak menepati janji, walaupun kami telah membayar premium seperti mana yang diminta namun mereka masih tidak memberikan geran.

“Bukan sahaja tidak memberi geran, tetapi diminta pula penduduk untuk membuat bayaran tambahan dengan sesuka hati walaupun mereka sedar ada dalam kalangan penduduk ini yang tidak mampu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai bantahan terhadap kerajaan Pas Kelantan yang gagal menepati janji memberikan geran tanah kepada mereka di sini hari ini. – UTUSAN

Tags: , , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: