Putrajaya Maruah BN, Ku Nan Sudah Sedia Pertahan Kerusi

imagesPUTRAJAYA – Nadi utama kerajaan Malaysia sekali gus menjadi destinasi rebutan setiap parti bertanding sebagai tampuk pemerintahan negara.

Dahulunya pembinaan Putrajaya didakwa pembaziran besar kepada negara, kini pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan
Putrajaya. Sebelum siapnya Putrajaya, Pas merupakan penentang hebat yang tidak suka dengan pusat pentadbiran baru negara itu.

Parti itu melalui kempen pilihan rayanya berkata, jika parti itu berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan, Putrajaya akan dijual dengan menegaskan bahawa pusat pentadbiran negara tetap berada di Kuala Lumpur.

Namun, keadaan itu sudah berubah, Pas pula beria-ia mahu merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) dan melalui keinginan itu parti itu sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk menawan kerusi itu.

Ujian getir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang merupakan detik getir bagi Pas dan sekutunya PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya agar mereka merasai Pusat Pentadbiran Negara yang pernah dibenci sebelum ini.

Mampukah Pakatan Rakyat (PR) realisasikan impian mereka? Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Umno merupakan wakil rakyat pertama di Putrajaya sejak 2004.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum 21 Mac 2004 menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan dan berjaya mempertahankan kerusi itu di Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dengan mengalahkan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad dengan majoriti undi 2,734.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan Ku Nan ini mendapat 4,038 undi manakala Mohamad Noor memperoleh sebanyak 1,304 undi sekali gus dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Tengku Adnan sebagai calon Parlimen Putrajaya dan beliau akur dengan
keputusan pemimpin nombor satu negara itu.

“Saya menghormati kepercayaan Perdana Menteri untuk mengekalkan saya mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU13 nanti.

“Keputusan pemilihan dan penetapan calon merupakan kuasa mutlak Najib selaku Pengerusi BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak mudah selesa dengan kedudukannya di Putrajaya kerana sedar bakal berdepan tentangan daripada pakatan pembangkang berkemungkinan daripada Pas seperti penggal lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan PKR akan bertanding di situ.

“Saya sedia untuk ditentang oleh mana-mana parti pembangkang kerana keutamaan saya adalah agenda terhadap masa depan rakyat dan kemajuan berterusan di Putrajaya,” katanya.

“Sebagai Ahli Parlimen di Putrajaya, saya sedar bahawa kawasan ini adalah kawasan tumpuan dan sebagaimana yang kita tahu pakatan pembangkang turut mengimpikan Putrajaya selaku pusat pentadbiran kerajaan dan juga bandar raya termoden di negara ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti siapa calon dari pakatan pembangkang tetapi melihat kepada pilihan raya yang lalu, saya ditentang oleh calon Pas.

Ketika diminta mengulas berhubung cabaran utama dihadapi Ku Nan bagi mengekalkan dan menawan hati pengundi di situ beliau berkata, rakyat sentiasa menilai dan memberi perhatian kepada kerajaan dan wakil rakyatnya, “Saya juga turut menjadi kayu ukur kepada kerajaan BN.

Apa yang penting adalah melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

“Saya dipilih sebagai wakil rakyat oleh itu adalah menjadi kemestian kepada saya untuk menunaikan hasrat rakyat sebagaimana impian mereka,”
katanya.

Formula orang lama Dalam perkembangan sama, Ku Nan ketika ditanya formula menawan hati rakyat di Parlimen Putrajaya berkata, tidak ada apa-apa
resipi rahsia untuk menawan hati pengundi kerana perkara utama adalah sentiasa bersama rakyat, mengambil tahu kebajikan mereka.

“Selain itu, memahami aspirasi penduduk serta sentiasa bersama mereka mengenali dan mengetahui permasalahan yang timbul serta kedekatan ini saya berusaha menyelesaikan kerumitan rakyat.

“Rakyat impikan keselesaan dan kesejahteraan dan ia adalah fokus utama Barisan Nasional sebagaimana Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Inilah agenda yang diterapkan oleh kepimpinan parti iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,”katanya.

Sebagai ‘orang lama’ dalam parti Ku Nan turut berkongsi kontroversi yang pernah dihadapinya dalam dunia politik.

“Saya sedar bahawa parti lawan sentiasa memanipulasi dan mewujudkan pelbagai propaganda berkaitan anggota BN termasuklah saya sebagai wakil rakyat di Putrajaya.

Namun sebagai manusia, saya sentiasa tawaduk, yakin dan percaya dengan kuasa Allah SWT bahawa kebenaran akan mengatasi semua fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya, UMNO dan BN.

“Saya tahu pakatan pembangkang lemparkan fitnah dan pelbagai tuduhan palsu kepada saya, UMNO dan Barisan Nasional kerana mahu mengalihkan
tumpuan rakyat dan mengelirukan mereka.

Alhamdulillah, sehingga kini banyak insiden yang berlaku menunjukkan bahawa pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kita telah terpalit pada anggota mereka sendiri. Allah Maha Berkuasa,” katanya.

Tengku Adnan berharap rakyat membuat pertimbangan wajar dalam pemilihan pucuk pimpinan yang bakal mewakili mereka dan menerajui tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.

“Saya amat berharap agar rakyat melakukan pertimbangan, membuat penilaian, berfikir dan mengamati apa yang berlaku di sekeliling kita.

Apakah nikmat kemajuan, keamanan, pembangunan, dan kesejahteraan yang kita dapat hari ini datang sekelip mata? Jawapannya tentu tidak kerana ia adalah usaha berterusan kerajaan BN dengan izin ALLAH SWT,” kata beliau.

Pada PRU kali ini beliau menyeru rakyat meneruskan sokongan kepada BN untuk mandat seterusnya bagi memastikan kesinambungan perancangan
yang telah direncanakan.

“BN ada misi, ada hala tuju, ada Wawasan 2020 yang memerlukan sokongan penuh dari rakyat. Undilah BN,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: