Rais: KPKK Iktiraf Perjuangan Tok Janggut

imagePASIR PUTEH – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi pengiktirafan terhadap warisan perjuangan pahlawan Kelantan, Tok Janggut, dengan mewujudkan sebuah galeri atau memorial di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering di sini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata langkah itu bagi memperingati perjuangan pahlawan tersebut yang nama sebenarnya Haji Hassan Panglima Mat Munas, menentang penjajah British di negeri ini pada 1915.

“Oleh kerana kawasan ini sangat elok dipertimbangkan untuk itu, kementerian akan memberi peruntukan awal bagi mengkaji dan menyusun strategi dan memperuntukkan peralatan asasnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering di sini, hari ini.

Rais berkata pihak kementerian akan membuat kajian daripada sudut sejarah yang mendalam supaya bahan yang dipamerkan di galeri tersebut untuk kepentingan generasi sekarang dan akan datang.

“Pertamanya kita kena lihat dari sudut sejarah dan di samping itu kita wujudkan rangka galeri atau memorial yang perlu, penting kita tekankan dari segi tradisi, tidak semua dalam bentuk rumah batu, Tok Janggut dulu dalam suasana perkampungan dan penjiwaan klasik itu harus kita wujudkan terus menerus,” katanya.

Beliau berharap melalui pengiktirafan tersebut, bukan sahaja rakyat di Pasir Puteh tetapi seluruh rakyat Kelantan akan bersatu di bawah perlembagaan seni budaya Melayu dan dapat menyatukan masyarakat Kelantan dalam satu perjuangan yang boleh mengimbangi zaman moden dengan zaman silam dan tidak menghilangkan ciri-ciri perjuangan setempat.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Rais mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi perbelanjaan pentadbiran dan pemuliharaan warisan Tok Janggut.

Beliau mahukan penduduk di kampung berkenaan mewujudkan sebuah badan amanah bagi menguruskan galeri atau memorial tersebut dalam tempoh terdekat.

Rais juga mahukan rakyat di negeri ini bersatu dalam memartabatkan tamadun Melayu termasuk melalui seni budaya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kementerian sebanyak RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Kpl Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya ketika menghantar bekalan makanan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Allahyarham berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Rais juga mengumumkan penubuhan Pusat Internet 1Malaysia masing-masing di Kampung Nering dan Semerak, untuk kemudahan penduduk di kampung berkenaan. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: