Red Warriors Ke Suku Akhir

su_02.1KOTA BHARU – Juara bertahan, Kelantan melangkah ke suku akhir Piala FA dengan penuh bergaya selepas menumbangkan PKNS 4-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Beraksi di gelanggang keramat mereka, The Red Warriors bermula garang apabila meledakkan jaringan pertama seawal minit keempat menerusi rembatan kencang Mohd. Faiz Subri dari jarak 25 meter.

Selang tiga minit kemudian, Stadium Sultan Muhammad IV yang dipenuhi 25,000 penyokong setia Kelantan terus gemuruh dengan sorakan selepas ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi menjaringkan gol kedua tuan rumah.

Penyokong Red Warriors terus berpesta apabila pengadil perlawanan, Shamsuddin Ismail menghadiahkan sepakan penalti selepas Mohd. Faiz Subri dijatuhkan pemain lawan.

Obinna Nwaneri tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol ketiga tuan rumah pada minit ke-22.

Tersentak dengan tiga jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali memperkemaskan permainan dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi tandukan pemain sayap, Mohd. Nizab Ayub yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Namun Kelantan terus menjarakkan kedudukan menjadi 4-1 apabila kapten pelawat, Mohd. Helmi Remeli tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-31 selepas rembatan kencang Indra Putra Mahyuddin terkena pemain tersebut.

Minit ke-40, Kelantan hampir menambah gol kelima, namun rembatan Indra Putra sedikit tersasar biarpun penjaga gol pelawat, Mohd. Ramezy sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, pelawat kembali merapatkan jurang gol menerusi sepakan penalti selepas Nwaneri mengasari Helmi Loussief. Loussief yang mengambil sepakan bijak memperdayakan Khairul Fahmi untuk gol kedua PKNS pada minit ke-50.

Gol tersebut menyuntik semangat pasukan pelawat dan mereka hampir mendapat gol ketiga dua minit kemudian, namun rembatan Khairu Azrin berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi.

Bagaimanapun, Kelantan kembali bangkit menerusi asakan bertali arus ke kubu pelawat, namun rangkaian penyerang yang diketuai tonggak importnya, Keita Mandjou gagal menemui sentuhan penyudah.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan yang menyaksikan Kelantan mengiringi pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim ke peringkat seterusnya.

Selepas mengharungi aksi yang tidak menentu musim ini, skuad The Red Warriors kini kembali berada di landasan untuk memburu kejuaraan. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: