Ahmad Shabery Lancar Portal Pemetaan Belia Malaysia

imagePUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini melancarkan Portal Pemetaan Belia Malaysia, sebuah pangkalan data mengandungi maklumat padat dan lengkap berkaitan belia di negara ini, sebagai sokongan kepada perancangan strategik program pembangunan golongan itu.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata portal itu akan menjadi pemangkin bagi mempengaruhi pembentukan dasar, pembangunan sumber manusia dan peruntukan kewangan kepada program pembangunan belia, yang merupakan kumpulan terbesar di negara ini.

“Portal ini membolehkan perancangan dan pembangunan khusus dilakukan untuk belia.

Ia memudahkan semua pihak memperoleh maklumat sumber belia di kawasan yang diperlukan dalam jangka masa yang singkat,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan portal berkenaan di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim dan Senator Gan Ping Sieu serta Setiausaha Kementerian itu, Datuk Mohid Mohamed.

Ahmad Shabery berkata portal yang diwujud melalui kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) itu boleh menjadi rujukan kepada pegawai awam yang terlibat dalam pembangunan generasi muda, persatuan belia dan masyarakat, pihak perancangan bandar dan desa, ahli politik, agensi pusat serta pihak yang berminat mendapatkan data berkaitan belia.

Beliau berkata terdapat 49 peta yang memapar pelbagai fakta, antaranyabilangan dan taburan populasi belia; persatuan belia dan sukan; penyalahgunaan dadah; kemudahan awam, pusat perkhidmatan dan sukan; skor domain pembangunan kendiri; potensi diri; hubungan sosial dan  kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr Wasitah Mohd Yusof dalam ucapannya berkata pemetaan berkenaan dihasilkan daripada analisis data melibatkan 21,665 responden.

“Sampel kajian ditetapkan sebanyak antara 190 orang hingga 220 orang responden belia bagi setiap daerah untuk memastikan pola taburan dan gaya hidup belia dapat dicerap,” katanya.

Beliau berharap golongan belia memanfaat laman web itu sebaik mungkin untuk mengetahui pelbagai usaha kerajaan dan agensi berkaitan hal-ehwal pembangunan mereka dalam usaha membentuk modal insan yang terbilang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari petabelia.kbs.gov.my    – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: