Bekas Tentera Diseru Beri Mandat pada BN

100_2320

AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU 25 Mac – Bekas anggota tentera di seluruh negara diseru agar memberi mandat penuh kepada kerajaan yang ada pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini bagi memastikan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan yang dinikmati sejak zaman kemerdekaan terus kekal sehingga ke generasi akan datang.

Seruan itu dibuat bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, berdasarkan warga terbabit dianggap sebagai pelapis kedua dalam memastikan keselamatan dan kemakmuran negara sepanjang perkhidmatannya selama ini.

Beliau berkata, tiada sebab untuk mereka bertindak memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak mampu menjamin masa hadapan rakyat dengan lebih selesa dan sempurna.

“Sekurang-kurangnya kita tidak menjadi pembelot kepada jasa serta pengorbanan sendiri yang pernah dicurahkan dalam menjaga keamanan negara semasa berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara sebelum ini.

“Dan keamanan itu akan terus kekal sekiranya negara diterajui oleh kerajaan yang amanah dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pimpinan yang ada sekarang sedaya upaya terus berusaha dalam mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan itu dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan serta kemudahan kepada mereka.

Katanya, ini termasuklah kemudahan pinjaman sebanyak RM50,000 bagi membolehkan bekas tentera memulakan perniagaan selain 3,000 peluang pekerjaan setiap tahun kepada golongan berkenaan

Realiti ini katanya, tidak mampu dinafikan apabila lebih 90 peratus bekas tentera turut menikmati manfaat tersebut yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Bantuan seumpama ini sudah semestinya akan menjadi agenda utama sekiranya mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan,” katanya.

Tambahnya, bekas-bekas tentera juga perlu menilai segala perhatian kerajaan terhadap mereka dan membandingkannya dengan pembangkang yang langsung tidak memberi keutamaan kepada mereka.

Dalam pada itu, beliau berkeyakinan bahawa lebih 80 peratus daripada kira-kira 250,000 bekas tentera seluruh negara tidak berubah kesetiaannya menyokong kerajaan yang sentiasa membela nasib mereka.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: