Calon SPM Maut Ketika Berenang Seberang Lagun

DSC_0816

 

Oleh HANA MARYAM

 

TUMPAT – Kegembiraan sekumpulan pelajar tingkatan lima untuk berkelah sempena cuti persekolahan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada rakan mereka lemas ketika cuba berenang menyeberangu lagun di  Pantai Sri Tujoh dekat sini, hari ini.

 

Mayat mangsa, Muhamad Faiq Zakaria, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat ditemui kira-kira jam 3.40 petang oleh pasukan bomba dan penyelamat Pengkalan Kubor.

 

Mangsa bersama rakannya lebih 10 orang ke pantai tersebut untuk berkelah beramai-ramai di tepi lagun itu.

 

Seorang rakan mangsa, Wan Mohd Faizal Wan Mohd Fadli, 17, berkata selepas menjamu selera dia bersama arwah dan beberapa rakan lagi turun mandi dan cuba berenang ke tebing seberang lagun tersebut, kira-kira 50 meter dari tebing tempat mereka berkelah.

 

“Apabila sampai di tengah lagun saya rasa air terlalu dalam, jadi kami berpatah balik. Arwah terus berenang tanpa mengendahkan panggilan kami supaya berpatah balik,” katanya ketika ditemui ditempat kejadian.

 

Menurutnya, selang beberapa minit selepas itu dia ternampak tangan arwah terkapai-kapai meminta tolong lalu dia berenang semula ke arah arwah yang berada di tengah lagun untuk menyelamatnya.

 

“Saya sempat tarik arwah, dua kali saya cuba bawanya berenang ke tebing tetapi saya tidak berdaya kerana badan arwah berat sangat.

 

“Dengan keadaan saya yang tidak berdaya ini,  seorang lagi kawan saya, Nik Kamarul Azman Nik Azmi, datang membantu tetapi entah macam mana arwah terlepas dari pegangan kami dan terus hilang,” katanya.

 

Pegawai Operasi Balai Bomba Pengkalan Kubor, Wan Mohd Ramzi Wan Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui di dasar langun tersebut kira-kira jam 3.40 petang dengan kedudukannya lima meter dari tebing.

 

“Pihaknya menerima panggilan pada jam 12.45 tengahari dan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi termasuk 6 anggota Pasukan Penyelamat,” katanya.

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: