Dosa Besar Bersekongkol Gugat Kedaulatan Negara – Shafie Apdal

imagesPUTRAJAYA  – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan satu dosa besar jika benar dakwaan media asing bahawa wujud perbincangan pihak-pihak tertentu di negara ini dan Filipina yang membawa kepada tercetusnya serangan pengganas di pantai timur Sabah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pencerobohan pengganas itu bukan saja mengugat kedaulatan Malaysia malah melibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan negara ini.

“Dalang seumpama ini cukup besar dosa dan kesalahannya kerana melibatkan kedaulatan negara dan membabitkan pengorbanan nyawa manusia.

“Takkan kita nak mempermainkan nyawa manusia semata-mata untuk tujuan mahu ke Putrajaya, kecuali mereka yang rakus dan tidak berhati perut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Garis Panduan Kewangan dan Perakaunan Syarikat Milik Agensi bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKLW, Datuk Nursiah Arshad.

 

Mohd. Shafie juga berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap cadangan KDN untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja atau Kertas Putih bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut.

“Kita tidak mahu tuduh sesiapa kerana itu kita harus lakukan siasatan yang terperinci,” katanya. – UTUSAN

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: