Dr Mahathir: Tiada Calon Lebih Sesuai Daripada Najib Untuk Tadbir Malaysia

imageKUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku…,” kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“…tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif  dalam Dunia yang Pesat Membangun’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib  mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana  pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.

Namun, bekas perdana menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu  kerana terpengaruh dengan ‘Amanat Haji Hadi’ yang mendakwa Umno kafir.

“Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf…saya sedia maafkan sesiapa pun,”  katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

“Kalau saya jadi perdana menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas,” katanya dalam nada bergurau. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: