Isu Tanah: Kerajaan Pas Sepatutnya Lebih Utamakan Rakyat

raisyatim

Oleh HANA MARYAM
PASIR PUTEH – Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya mengutamakan rakyat negeri ini dalam urusan pembahagian tanah dan tidak sepatutnya memberikan tanah kepada badan korporat dari luar Kelantan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi dikatakan tanah seluas 1.7 ekar telah diberikan kepada badan korporat terbabit dan ia merupakan satu kesalahan besar kepada rakyat Kelantan.

“Nilai sebenar tanah terbabit tidak diketahui namun agihan tanah kepada badan korporat luar merupakan isu yang amat besar dan seharusnya rakyat Kelantan fikir mendalam dan jauh ke mana hendak dibawa masa depan anak kita dan cucu-cicit Cik Siti Wan Kembang bagi menerokai satu zaman baru.

“Kerajaan Pas Kelantan sepatutnya mengutamakan pemberian tanah berkenaan kepada rakyat negeri ini yang tidak memiliki tanah, termasuk peneroka di Hulu Kelantan.,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Budaya Jajahan Pasir Puteh di Dataran Tok Janggut, Kampung Nering hari ini.

Beliau berkata, sekiranya 1.7 juta ekar itu benar sudah diagih hak miliknya kepada badan korporat luar, ini menjadi satu persoalan besar kepada penduduk Kelantan.

“Kenapa boleh dibiarkan sebegitu, sedangkan kepentingan rakyat negeri Kelantan berjumlah 1.6 juta orang tidak diperhitungkan bagi kehidupan yang jelas, tersusun dan berekonomi.

“Berdasarkan jumlah keluasan tanah itu, jika diagih kepada rakyat Kelantan, setiap orang mungkin memperoleh seekar. Rakyat Kelantan harus terus mempersoal pengagihan tanah kepada badan korporat berkenaan dan kerajaan negeri digesa memberi jawapan berhubung perkara itu.,” katanya.

Beliau berkata, isu tanah mesti diapungkan sebagai isu kenegerian dan kebangsaan.

“Ketika berjuang hendaklah tercetus sebagai tindakan kolektif rakyat Kelantan. Rakyat boleh menterjemah rasa tidak puas hati mereka itu pada PRU13 nanti,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut membidas tindakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering bercanggah pendapat dengan ketokohan Melayu dan memperkecil pencapaian negara.

“Tidak pernah memperakui pencapaian negara ini sebagai boleh dicontohi, beliau memilih tempat istimewa kepada pihak yang tidak sayangkan Raja-Raja Melayu, budaya Melayu dan lain-lain,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: