JAHEAIK Didesak Siasat Nik Aziz

JAHAEIK diminta siasat Nik Aziz.

JAHAEIK diminta siasat Nik Aziz.

Oleh AMIRUL HAFIZ

PASIR PUTEH – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) didesak supaya membuat siasatan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu kalimah Allah, memutar belitkan tafsir ayat al-Quran dan menghina Rasulullah dengan menyamakan seperti orang kampung.

Desakan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin, memandangkan ia boleh menyesatkan umat Islam.

“Sebenarnya perkara ini tidak boleh dibiar atau dipandang remeh oleh pihak berkuasa agama kerana ia boleh menyesatkan orang ramai.

“Selain merosakkan kesucian agama Islam,” katanya semasa berucap pada majlis Ceramah Umum Isu-isu semasa badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan di kampung Kandis dekat sini malam tadi.

Dalam pada itu penceramah bebas, Rosdi Muda berkata, pada Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini rakyat perlu bangkit membuat perubahan demi menjaga kedaulatan agama Islam yang semakin tercalar oleh permainan politik golongan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, realiti politik hari ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO mempunyai kemampuan dalam memartabatkan Islam berbanding pembangkang.

“Lihat sahaja setiap isu yang berbangkit terutamanya perkara yang membabitkan kalimah Allah UMNO sentiasa konsisten mempertahankan kalimah tersebut digunakan bukan Islam,” katanya.

Katanya, tidak ada sebab rakyat menolak BN pada PRU – 13 ini memandangkan selain soal berkaitan agama, BN sentiasa memahami aspirasi rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan yang sememangnya menjadi keperluan rakyat.

Sementara itu, aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kira-kira 85 peratus guru-guru pondok negeri ini yang pada asalnya terdiri dari penyokong Pas berubah haluan kepada UMNO setelah menyedari parti itu kini jauh menyimpang dari perjuangan asal.

“Mereka ini tidak lagi sanggup bersengkongkol dengan parti yang sanggup menggadaikan kesucian agama. Jadi, bila para ulama ini telah menetapkan satu keputusan berdasarkan Quran, hadis dan kitab, kenapa tidak kita mengikut jejak yang sama.

“Siapa sangatlah kita,” ujarnya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: