Kekurangan Guru Di Pedalaman Kelantan Perlu Diatasi – Ku Li

image

Oleh HANA MARYAM

GUA MUSANG – Kementerian Pelajaran perlu mengatasi dan tidak memandang ringan kekurangan guru di kawasan pedalaman Kelantan bagi mengelakkan prestasi kecemerlangan pelajar terjejas.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, masalah itu perlu diatasi segera selaras dengan usaha kerajaan yang ingin memastikan pencapaian anak luar bandar setanding pelajar di bandar.

“Kita faham dengan luahan ibu bapa mengenai masalah tidak cukup guru itu. Saya akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Pelajaran.

“Sekarang kita telah nampak kemajuan yang dicapai pelajar sekolah luar bandar hingga semakin ramai mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sungai, dekat sini.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk pembelian buku bagi perpustakaan sekolah terbabit.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: