Mukhriz Harap Kekal Di Jerlun

imagesLANGKAWI – Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan kawasan yang akan ditandinginya sekalipun beliau berhasrat kekal di kerusi Parlimen Jerlun.

“Jika anda tanya saya, saya lebih suka kekal di Jerlun kerana saya telah berada di sana selama lima tahun. Saya selesa dengan masyarakat di sana dan mereka juga selesa dengan saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mukhriz yang ditemui selepas merasmikan seminar mengenai pelaburan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2013, berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu lagi khabar angin tersebut mungkin disebabkan masyarakat di sini mempunyai perasaan yang kuat terhadap bapanya yang banyak menyumbang kepada pembangunan Langkawi sepanjang menjadi perdana menteri.

“Secara peribadi saya rasa kedudukan Langkawi tidak tergugat. Kita mempunyai pemimpin yang bagus di sini dan kemungkinan menang di Langkawi adalah tinggi. Khidmat saya lebih baik dimanfaatkan di tempat lain,” katanya.

Mengulas isu lain, Mukhriz berkata kerajaan Pulau Pinang  wajar mempelbagaikan sektornya bagi menarik pelabur dan tidak menumpukan kepada industri elektrik dan elektronik (E&E) semata-mata.

Kemerosotan nilai pelaburan ke Pulau Pinang mungkin disebabkan faktor luaran kerana sektor E&E di seluruh dunia sedang merosot dan Pulau Pinang terlalu menumpukan kepada sektor itu, katanya.

Menurut Mukhriz kerajaan pusat akan terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan penting sekalipun negeri itu tidak ditadbir kerajaan Barisan Nasional.

Baru-baru ini Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Ong Thean Lye mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang merudum 73 peratus tahun lepas kepada RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion pada 2011.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: