Pas Perjudikan Agama, Jadikan Talak Kandungan Baiah

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz

Oleh AMIRUL HAFIZ

 

KOTA BHARU – Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati) sebuah NGO yang dianggotai oleh usatz muda menyifatkan Pas memperjudikan agama apabila menjadikan ‘talak’ sebahagian daripada kandungan bai’ah untuk menjadi ahli parti itu.

Setiausaha Ummati, Wan Tarmimi Wan Bakar berkata, amalan tersebut (bai’ah) melibatkan talak tidak sewajarnya dijadikan alat bagi mengikat kesetiaan seseorang ahli kepada parti.

“Bai’ah ‘jatuh talak’ di dalam parti ini tidak ubah seperti amalan atau perbuatan karut. Sejauh mana kesucian parti itu sehingga perlu berbai’ah dengan sumpah setia untuk taat kepada parti.

“Perbuatan ini seolah-olah memperjudikan agama, menggadai nikah kahwin dengan memaksa ahli supaya taat kepada parti,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin yang dilapor terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai’ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

“Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai’ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

“Antara kandungan bai’ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu,” katanya kepada pemberita di sini tiga hari lalu.

Wan Tarmimi berkata, Pas seharusnya menghapuskan amalan tersebut di samping menarik balik bai’ah yang telah dilakukan sebelum ini kerana ia akan memberi kesan buruk kepada ahli dan masyarakat.

Sementara itu aktivis Ummati, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, konsep bai’ah yang dilaksanakan pas merupakan perbuatan haram dan jelas bercanggah dengan ajaran agama.

Beliau berkata, selain itu menunjukkan Pas sebenarnya tidak telus dalam mempercayai ahlinya sehingga terpaksa melaksanakan konsep bai’ah di dalam parti.

“Pas mesti hapus dan tarik balik bai’ah yang menyebabkan perceraian suami isteri hanya kerana politik dan parti. Ajaran ini begitu jelas bercanggah dengan Islam sehingga sanggup menaruhkan perpisahan dengan isteri tersayang,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: