5,000 Rakyat Kelantan Berkumpul Serah Memorandum Kepada Sultan Kelantan

580248_10151443157068472_2014148761_nKOTA BAHRU – Kira-kira 5,000 rakyat Kelantan berkumpul di hadapan Istana Balai Besar di sini, untuk menyerahkan ‘Memorandum Bantahan dan Penyelewengan Kerajaan PAS Kelantan Dalam Isu Tanah’ kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali menyerahkan memorandum mengandungi 313 muka surat itu kepada Pegawai Tadbir Istana Balai Besar, Zairi Abdullah pada 10.50 pagi, untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

“Kita menyerahkan memorandum tersebut dengan harapan rakyat Kelantan yang teraniaya, yang dizalimi mendapat kembali hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan penyerahan memorandum di sini hari ini.

Beliau berkata kehadiran ramai rakyat Kelantan itu untuk menzahirkan rasa kesal dan sedih terhadap tindakan pimpinan kerajaan Pas Kelantan yang menyerahkan ‘satu pertiga’ bumi Kelantan kepada syarikat asing, sejak memegang tampuk pemerintahan negeri 23 tahun lalu.

“Kita mohon ke bawah Duli Tuanku menyemak, meneliti dan memperhalusi perkara yang telah menjadi isu besar kepada negeri Kelantan ini,” katanya.

Azmi berkata penyerahan memorandum ini merupakan langkah terakhir rakyat dalam memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan kembali tanah mereka.

“Setelah pelbagai demonstrasi, dan berpuluh-puluh rayuan telah dibuat oleh rakyat Kelantan terhadap pemimpin Pas dalam menuntut hak mereka, namun sehingga hari ini, masih belum ada apa-apa reaksi,” katanya.

Beliau berkata dalam memorandum tersebut terkandung nama syarikat, kawasan tanah yang rosak akibat pembalakan, serta peta kawasan tanah rakyat yang terlibat.

“Dalam memorandum tersebut kita turut melampirkan pendeposit yang meneroka tanah dan kajian yang telah dibuat oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terhadap isu tanah tersebut,” katanya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “5,000 Rakyat Kelantan Berkumpul Serah Memorandum Kepada Sultan Kelantan”

  1. Abe Sekampong
    March 28, 2013 at 7:18 pm #

    SYABAS MTRK!!. Saudara AZMI teruskan perjuangan mu dedahkan semua penyelewengan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: