Tindakan Bustamam Umpama Anjing Kurap, Tidak Perlu Dilayan

Tuan Zamri Ariff Tuan Zak

Tuan Zamri Ariff Tuan ZakKelantan, 

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU –  Tindakan Ketua Pas Cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustamam Yaacob yang ingin bertanding atas tiket bebas dianggap seperti anjing kurap yang tidak perlu dilayan memandangkan ia bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat parti.

Ahli Dewan Undangan Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, sebagai sebuah negara demokrasi keputusan Mohamad Bustamam tidak menjadi masalah besar dan tidak boleh disekat jika itu yang dikehendakinya.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Mohamad Bustamam bukanlah keputusan yang dibuat parti sebaliknya ia adalah keputusan sendiri.

“Jika dia betul ahli Pas, dia mestik ikut keputusan jemaah yang telah diputuskan oleh mesyuarat parti. Tindakan Mohamad Bustamam ini tidak perlu dilayan.

“Ia umpama anjing kurap, kalau kita halau dia sewaktu kita tengah makan di warong mesti orang suka tetapi kalau kita pukul mesti orang marah,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan  Muhamad Bustamam yang menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas menentangnya sebagai penyandang kerusi DUN Guchil.

Muhamad Bustamam dilaporkan berkata dia akan tetap bertanding melawan Tuan Zamri Ariff walaupun ia bertentangan kerjasama yang dipersetujui dalam PR.

Muhamad Bustamam dipetik sebagai berkata ahli di peringkat akar umbi telah menggesa dia bertanding menentang Tuan Zamri Ariff keran mendakwa wakil rakyat sedia ada tidak menjalankan tugas dengan baik.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz pula dilaporkan mengkritik tindakan berkenaan dengan menyifatkan tindakan itu hanya akan menimbulkan perpecahan dalam pakatan pembangkang dan mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembahagian kerusi.

Ketika diminta mengulas kemungkinan wujud perpecahan ekoran tindakan Mohamad Bustamam itu, Tuan Zamri Ariff berkata, adalah lebih baik perkara itu diketahui lebih awal kerana parti akan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya bersyukur sebab kita mengetahui mengenai perkara ini lebih awal kerana ia tidak menganggu persiapan dan persediaan parti untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

“Kalau perkara ini diketahui lewat bimbang akan berlaku perkara yang tidak diingini. Umpamanya “gunting dalam lipatan”.

“Saya bersyukur kerana pimpinan Pas kawasan tetap memberikan sokongan kepada saya malah ahli keluarganya juga turut memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Beliau yang merupakan wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PKR) berkata, apa yang penting kini ialah fokus terhadap gerak kerja dan persediaan pada pilihanraya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff mendapat 6,784 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

Tags: , , , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Tindakan Bustamam Umpama Anjing Kurap, Tidak Perlu Dilayan”

  1. Benci Perosak Agama
    March 28, 2013 at 7:29 pm #

    Berapa ramai adik beradik dipulau kepana PAS, berapa ramai pulak anak-anak berpatah arang dengan ibu bapa kerana PAS?. Berapa ramai yang telah mati sedangkan mereka percayakan kata-kata ulama PAS bahawa penyokong UMNO kafir..

    Apapun sampai masanya PAS menerima balasan atas “kerja-kerja” parti itu selama ini. InsyaAllah.. tunggu PRU ke 13 akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: