Demo Penduduk Bukti Kegagalan Pas

DSC_0437

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyifatkan tunjuk perasaan dan demonstrasi yang sering dilakukan rakyat berhubung isu tanah di negeri ini membuktikan kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan isu terbabit.

Beliau berkata, rakyat berhak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan ini.

“Sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN) isu ini dipandang serius. Ia amat mendukacitakan kerana ia memberikan bebanan terutama kepada penduduk di kawasan Hulu Kelantan termasuk masyarakat Orang Asli.

“Malah pemimpin parti itu sering memberi alasan kononnya wujud sindiket penerokaan tanah secara haram dan peneroka tidak mempunyai geran hak milik dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Bukan Melayu di sini, malam tadi.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kira-kira 5,000 orang berkumpul di hadapan Istana Balai Besar di sini semalam, untuk menyerahkan ‘Memorandum Bantahan dan Penyelewengan Kerajaan Pas Kelantan Dalam Isu Tanah’ kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, pemilik tanah juga mengadakan demonstrasi aman bagi membantah pengambilan tanah mereka terutama di Hulu Kelantan seperti di Tanah Merah dan Gua Musang.

Pada majlis itu, Mustapa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan menyampaikan cek bantuan berjumlah RM135,000 bagi kesemua NGO terbabit menjalankan aktiviti.

 

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: