Jambatan Sultan Yahya Petra II Tidak Retak

imageKOTA BHARU – Umno Kelantan menafikan Jambatan Sultan Yahya Petra II yang didakwa kerajaan negeri mengalami keretakan, namun ia melibatkan penambahbaikan di beberapa kawasan selekoh di atas jambatan berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, penambahbaikan itu dijalankan selepas pemeriksaan dibuat dan didapati ada beberapa kawasan selekoh yang tidak begitu kukuh.

“Ia bukan masalah besar dan kita ambil kesempatan untuk perkuatkan kawasan yang lemah. Kita jangkakan baik pulih itu siap dalam masa dua minggu lagi dan laluan ini juga akan dibuka pada pertengahan April depan.

“Kini kontraktor dilantik giat membaik pulih tujuh selekoh di jambatan ini sepanjang kira-kira 210 meter bagi memperkukuhnya menggunakan besi tahan tinggi,” katanya kepada pemberita semasa melawat jambatan itu bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, di sini, semalam.

Kata Dr Awang Adek, pihaknya sedar rakyat Kelantan tertunggu-tunggu bila jalan itu dibuka bagi memastikan kerja disegerakan dan mampu mengelak kesesakan jalan masuk ke bandar Kota Bharu.

23 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B), Md Azizam Abd Rahman berkata, keretakan tersebut disahkan berlaku pada penyambung di kawasan jajaran jambatan baru menghala Jalan Wakaf Siku.

Mengulas mengenainya, Dr Awang Adek berkata, dakwaan itu bersifat politik semata-mata apabila Kerajaan Pas Kelantan berasa tergugat dengan pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional dalam usaha membantu penduduk merasai nikmat pembangunan sama seperti negeri lain. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: