Rais Cabar Petualang Berlindung Sebalik Isu Lahad Datu

imagesKUALA LUMPUR – Rakyat perlu bersatupadu memberikan sokongan kepada pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata tidak ada orang lain yang akan menyelamatkan sesebuah negara melainkan rakyatnya sendiri.

“Oleh yang demikian selain sokongan kepada kerajaan, berikan sokongan moral dan juga maklumbalas kepada pihak berkuasa, agar keselamatan dan kedaulatan negara tidak diancam musuh dari dalam dan juga dari luar,” katanya ketika berucap pada Program Sumbangan Ops Daulat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Rais berkata usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara menjadi bertambah sukar apabila wujud pihak yang berniat jahat untuk mewujudkan keadaan huru-hara di negara ini.

“Perlu diingat orang-orang seperti ‘si kitul’ (petualang) yang pernah diceritakan dalam sejarah Melayu dahulu terus menerus wujud dalam mana-mana tamadun sekalipun.

“Oleh yang demikian bukan sesuatu yang mudah bagi pasukan keselamatan kita menjalankan tugas dalam suasana di mana kita terancam oleh kalangan masyarakat yang mempunyai niat serta langkah-langkah yang sukar untuk kita teka,” katanya.

Beliau mencabar petualang dalaman yang berselindung di sebalik krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, agar ke depan dan menjawab pengkhianatan yang mereka lakukan.

“Mereka mesti bertanggungjawab kerana masyarakat mahu melihat siapa mereka. Mereka tidak boleh menjawab ‘kami tidak tahu’ kerana melalui maklumat yang diterima bahawa ada di kalangan warga itu mempunyai tujuan untuk berbuat demikian,” katanya.

Rais juga berkata krisis di Lahad Datu dilihat telah menyatupadukan rakyat negara ini di samping meningkatkan kepekaan pasukan keselamatan dalam memperketatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan perairan negara.

Terdahulu, Rais menyampaikan bantuan RM10,000 yang disumbangkan kementeriannya kepada setiap balu dan waris anggota PDRM yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.

Rais turut menyampaikan notebook 1Malaysia kepada 19 anak-anak wira tersebut selain anak-anak warga PDRM yang cemerlang dalam pelajaran. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: