APMM Tahan Bot Kargo Songkla

apmm

Oleh HANA MARYAM

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia) Kelantan  menahan sebuah bot kargo dari Songkla, Thailand yang menggunakan lesen kargo tempatan bersama 17 awak-awak di lokasi 135.1 kilometer dari Tok Bali, dekat sini semalam.

 

Ketua Penguatkuasanya,  Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata bor berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan gagal menunjukkan surat pengistiharan barangan yang dibawa di perairan negara.

 

Beliau berkata, Kapal Maritim Ligitan bersama 14 anggota yang diketuai Leftenan Komander Maritim Sharih Samsudin yang sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur  telah mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan memecut untuk mengelak pemeriksaan pihak berkuasa.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati kargo terbabit membawa 20 guni beras Siam seberat 1000 kilogram (kg) tanpa dokumen pengistiharan, 1000 kg ikan baja yang dipercayai dibeli di tengah laut dan 24 keping pasport yang sebilangan kecilnya dimiliki awak-awak terbabit,” katanya dalam sidang media di pejabat operasi Maritim Malaysia Kelantan, di Tok Bali, dekat sini hari ini.

 

Katanya, Awak-awak terbabit berusia di antara 15 tahun hingga 53 merupakan warga Thailand dan mereka tidak memiliki buku pelaut.

 

“Mereka ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 47(D) Akta Perikanan 1985 bagi membolehkan siasat terperinci dijalankan.

 

“Awak-Awak di bawah umur akan dihantar pulang ke negara mereka manakala selebihnya akan turut disiasat di bawah Seksyen 8(B) akta yang sama berhubung kes melanggar syarat sah lesen serta menggunakan tenaga kerja warga asing tanpa permit sah walau pun bot berkenaan memiliki lesen kargo di perairan Kelantan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut,” katanya.

 

Berikutan penemuan pasport, Wan Burhanudin berkata, siasatan berhubung anti pemerdagangan orang akan turut dijalankan termasuk melakukan soal siasat remaja berumur 15 tahun terbabit selain melakukan siasatan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Malaysia (MSO) 1952.

 

Beliau berkata, bot kargo bernombor pendaftaran DKB 00182 K masih diselongkar untuk memastikan pengedaran dadah dan senjata api tidak dilakukan.

 

“Setakat ini Maritim Malaysia mendapat petanda awal wujudnya penyeludupan beras dari negara jiran dan urus niaga pembelian ikan di tengah laut untuk pasaran negara asing tanpa mendaratkanya di pelabuhan perikanan tempatan,” katanya.

 

Wan Burhanuddin berkata, Maritim Malaysia turut membuat risikan yang mendapati bot kargo terbabit tidak pernah memunggah barangan di semua pelabuhan Kelantan termasuk di sini, Tawang, Kuala Besar dan Pangkalan Kubur kecuali beroperasi di tengah laut dan kembali ke pelabuhan Songkla walau pun kargo itu diberi lesen di perairan Kelantan.

 

Tags: ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: