BNM Pantau Pengaliran Wang Keluar Ke Sempadan Sabah

dtk-dr-awang-adek

Oleh HANA MARYAM

 

BACHOK – Bank Negara Malaysia sedang memantau pergerakan pengaliran keluar wang ke sempadan Sabah bagi membendung kegiatan membantu pengganas Suluk melakukan pencerobohan bersenjata ke negeri itu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

 

Beliau berkata, bank-bank yang beroperasi di sempadan negeri itu perlu melaporkan segera kepada BNM jika terdapat pengeluaran yang mencurigakan terutama dalam skala yang berlebihan.

 

“Siasatan boleh dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan akaun pengeluar boleh dibekukan jika mempunyai bukti,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan tokoh ekonomi negara Tan Sri Ramon Navaratnam.

 

Ramon dilaporkan berkata, pengaliran keluar wang dari dalam negeri kepada pihak luar sukar dikesan melainkan proses itu dilaksanakan secara rasmi.

 

Katanya, proses itu sukar dikesan kerana pengaliran keluar wang boleh dilaksanakan dalam pasaran gelap mata wang iaitu aktiviti dagangan secara haram menerusi pos, dagangan akaun  atau aktiviti penyeludupan.

 

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, pihaknya tidak dapat menyekat jika pengeluran wang dilakukan secara kecil-kecilan kerana ia bercanggah dengan dasar urusan perdagangan negara dengan antarabangsa.

 

“Jika pengeluaran wang dilakukan dengan jumlah yang besar sekurang-kurangnya sebanyak RM30,000 pihak bank boleh melaporkan kepada BNM untuk diambil tindakan.

 

“BNM pula akan membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti polis bagi tujuan penyiasatan,” katanya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: