KWPKB Peruntukkan RM400,000 Bantu Keluarga Miskin Tampung Kos Sewa Rumah

datuk-dr-awang-adek-hussin

 

Oleh HANA MARYAM

 

BACHOK – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) memperuntukkan hampir RM400,000 bagi membantu meringankan beban 260 keluarga miskin tegar di bawah senarai data e-kasih, Jabatan Perdana Menteri di negeri ini bagi menampung kos sewa rumah setiap bulan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

 

Awang Adek berkata, melalui program terbabit setiap keluarga mendapat peruntukan RM1,488 yang disalurkan kementerian terbabit melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

 

“Masalah kemiskinan bandar dan peningkatan pertumbuhan ekonomi keluarga terbabit boleh ditingkatkan sekiranya wujud peluang pekerjaan dan pernigaan hiliran yang menguntungkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan rumah sewa kepada 19 penduduk miskin bandar Bachok dengan jumlah keseluruhan RM23,278 di Dewan Haji Hussin Perupuk, dekat sini hari ini.

 

Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, kegagalan kerajaan Pas Kelantan menarik pelaburan yang boleh membuka ruang pekerjaan kepada rakyat membuatkan perkembangan ekonomi di negeri ini tidak memuaskan.

 

“Rakyat yang berniaga secara kecil-kecilan hanya cukup makan dengan pusingan modal yang sama. Ia sepatutnya boleh dikembangkan dengan pelbagai pendekatan yang menguntungkan,” katanya.

 

Beliau berkata, kerajaan yang mengurus pentadbiran negeri perlu memahami strategi dan kehendak rantaian ekonomi iaitu keperluan mewujudkan prasarana yang diperlukan seperti kemudahan rangkaian jalan, bekalan air dan sebagainya yang wajib diurus secara konsisten dan berkualiti.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: