Mustapa: BN Kelantan Tonjol Calon Mantap

imagesKOTA BHARU – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baharu dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.

“Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkaranganĀ  Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.

Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden Umno di Putrajaya semalam, Mustapa berkata pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.

Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.

“Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan PAS Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: