Nor Mohamed: Keadilan Sosial Fokus Utama BN

imagesBUTTERWORTH – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan keadilan sosial sebagai fokus utama bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati semua pembangunan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata falsafah itu ternyata berbeza dengan parti lawan yang dilihat lebih berminat dengan permainan politik dan tidak mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan semua perkara yang dilakukan mereka.

“Sekarang kita mula memberi tumpuan kepada isu keadilan sosial. Adakan dalam tranformasi kita, gagasan kita golongan terpinggir. Kalau ada golongan terpinggir kita akan ambil tindakan serta merta untuk memastikan tidak berlaku social injustice kepada mana-mana kumpulan. Inilah falsafah kita (BN).

“Parti lawan banyak mengambil isu kecil, kemudian perbesarkannya dan tidak nampak kesungguhan, keikhlasan dalam apa yang mereka buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Ujong Batu dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-33 persatuan itu, di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya meneruskan semua dasar kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan ia terbukti
apabila ekonomi negara kini berada pada tahap yang memberangsangkan.

“Rekod menunjukkan hasil cukai pendapatan kita meningkat. Tahun lepas kita mencatatkan hasil cukai pendapatan sebanyak RM128.8 bilion. Kita juga ada simpanan sebanyak RM430 bilion, satu angka yang begitu besar. Pendapatan kita cukup untuk bantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Nor Mohamed menyerahkan cek RM10,000 dan RM7,000 sumbangan Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang
Selatan kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “Nor Mohamed: Keadilan Sosial Fokus Utama BN”

  1. March 30, 2013 at 7:21 pm #

    Hasil kutipan cukai negara terus meningkat saban tahun antara lain kerana pemberian BR1M. Sukar utk dipercayai bukan? Hakikatnya pemberian br1m telah membolehkan lhdn memurni data base pembayar cukai. Banyak puak yg tidak termasuk dalam kategori pembayar cukai sebelum br1m kini telah mula dihampiri lhdn kerana data base wujudnya database br1m. Br1m sebenarnya 2in1, untuk laksana keadilan sosial dan utk perkemaskan database pembayar cukai. Bijak kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: