PRU – 13, Nik Aziz jadi alat Pas?

images
Oleh AMIRUL HAFIZ

KOTA BHARU – Pas tidak seharusnya membebankan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai alat parti untuk memenangi Pilihan Raya Umum – 13 (PRU – 13) ini.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, faktor usia dan kesihatan yang seringkali menuntut Menteri Besar itu keluar masuk hospital merupakan masa paling sesuai beliau mengundur diri secara terhormat.

“Dalam situasi begitu Nik Aziz (Nik Abdul Aziz) memerlukan masa rehat yang cukup. Dan Pas juga mesti mengambil kira kedudukan ini dengan serius untuk tidak membebankannya.

“Dengan usia yang semakin jauh, ditambah pula dengan kesihatan yang tidak menentu sudah semestinya menjejaskan tahap pemikiran sesorang. Dengan kata lain tidak konsisten,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Wan Ubaidah Omar yang dilaporkan berpendapat, Mursyidul Am Pas itu patut berehat mengambil kira keadaan kesihatan beliau, daripada terus bertanding pada pilihan raya umum.

Sebelum itu Nik Abdul Aziz dilapor bukan sahaja akan bertanding pada PRU-13 sebaliknya terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.

Tegasnya, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi, manakala bagi PRU-13 ini, Pas Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

Dalam pada itu, Muhammad mempersoalkan kekuatan sebenar Pas apabila menjadikan pemimpin itu sebagai tonggak utama parti.

“Sampai bila Pas akan bergantung kepada aura Nik Aziz. Kalau inilah hakikatnya, maknanya Pas sebenarnya tidak mempunyai kekuatan sendiri, seolah-olah Pas akan lenyap kalau Nik Aziz tak ada,” katanya.

Tambahnya, dalam cabaran politik Pas perlu membuktikan kekuatan parti itu tanpa Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata, dalam situasi kesihatan yang tidak menentu itu Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya tunduk kepada kehendak parti, sebaliknya beliau boleh menjadi penasihat kepada parti selepas pengundurannya.

“Di sini karismanya akan terus kekal dihormati. Tetapi Nik Aziz tidak akan menjadi satu lagenda sekiranya Pas kalah pada pilihan raya umum,” ujarnya.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “PRU – 13, Nik Aziz jadi alat Pas?”

  1. March 30, 2013 at 7:24 pm #

    Biarlah tok garu nak betanding walaupun nyanyuk bekerusi roda pakai pampers dewasa. Nanti kita boleh kelih dia ecer tahi atas pentas hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: