SPR Sangkal Dakwaan Rakyat Malaysia Di Luar Negara Tidak Berpeluang Mengundi

imageSHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat Malaysia di luar negara tidak diberi peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana Akta Pilihan Raya 1958 telahpun dipinda bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai pemilih.

“Saya dapat tahu ada pihak yang mengatakan berjuta-juta rakyat Malaysia di luar negara tidak dihiraukan dan menjadi mangsa pada sistem pilihan raya kali ini,” katanya.

Setakat pagi ini, SPR hanya menerima 5,167 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi melalui pos pada pilihan raya kali ini, katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat akhir PRU13 kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri Selangor di sini.

Mengikut rekod, Abdul Aziz berkata negara paling ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi ialah Australia iaitu 1,206 orang diikuti United Kingdom (871), China (513), Amerika Syarikat (342) dan Taiwan seramai 183 pengundi.

Peraturan membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mengundi secara pos telah diwartakan pada 21 Januari lepas.

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos.

Mengulas tawaran RTM untuk parti politik menyiarkan manifesto masing-masing selama 10 minit sempena PRU13, Abdul Aziz kecewa apabila pemimpin pakatan pembangkang menolak tawaran tersebut.

Beliau berkata seharusnya pakatan pembangkang menerima dan meneliti dahulu keberkesanan pendekatan tersebut sebelum menolak tanpa alasan yang kukuh.

“Dulu mereka marah SPR sebab kata kita tidak bagi mereka ruang dalam media tetapi sekarang belum pun cadangan itu dibincang secara terperinci mereka dah tolak…sepatutnya teliti dulu, jangan terus tolak,” katanya.

Bagaimanapun, katanya SPR akan bertemu dengan pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan parti-parti politik dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai cadangan itu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: