Askar Diingatkan Tidak Terlibat Politik

imagesKOTA BHARU – Anggota tentera di negara ini diingatkan tidak melibatkan diri dengan mana-mana parti politik kerana peranan utama mereka adalah untuk mempertahankan negara.

Panglima Dua Divisyen Tentera Darat Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin berkata, sebagai anggota keselamatan, keutamaan mereka adalah untuk menjaga keselamatan, keutuhan dan kedaulatan negara.

“Perkara berkaitan politik harus diketepikan kerana semua anggota harus menunjukkan kesetiaan mereka kepada kerajaan yang memerintah.

“Mereka tidak patut turut menimbulkan kekecohan yang dilakukan oleh mereka yang melibatkan politik,” katanya, semalam.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Perbarisan Perpisahan di Markas 8 Briged, Kem Desa Pahlawan.

Azizan akan bertukar ke Kementerian Pertahanan berkuat kuasa 7 April ini dengan memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Tentera Darat.

Hadir sama pada majlis tersebut Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah.

Menurut Azizan, sekarang ini terdapat kecenderungan dalam kalangan anggota keselamatan untuk terlibat dengan politik.

“Saya juga tidak mahu anggota-anggota ini ditangkap menjadi ahli, ejen ataupun terlibat dalam perarakan dan demonstrasi politik yang menjadi ikutan ketika ini,” katanya

Katanya, ia menjadi kesalahan kepada mereka kerana pihak atasan sudah mengeluarkan dasar larangan pembabitan setiap anggota di dalam politik melalui perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 3 Tahun 1972 (PMAT 3/72).

Azizan berkata, setiap ketua perlu melakukan pemantauan bagi memastikan semua anggota mematuhi arahan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Azizan mengingatkan anggota keselamatan terus bersiap sedia bagi menghadapi sebarang ancaman musuh yang ingin mengganggu gugat keamanan dan kedaulatan negara.

“Kejadian di Lahad Datu, Sabah, menuntut setiap anggota keselamatan sentiasa siap sedia bagi menghadapi sebarang ancaman, terutama soal keselamatan di kawasan sempadan dengan negara jiran,” katanya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: