BN Akan Pertahan Johor Habis-Habisan

imageKUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menjanjikan tentangan hebat kepada pembangkang yang ingin menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

“Sebagai Ketua Penerangan Umno, saya tidak akan biarkannya dan akan menentang cubaan mereka habis-habisan.

“Kita akan mempertahankan Johor dengan kesungguhan yang amat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Barisan 1Malaysia yang
dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang yang ingin menawan kubu kuat Umno itu.

Beliau berkata hasrat pembangkang itu juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak faham dengan politik di Johor.

“Johor sebati dengan Umno dan BN. Perpaduan Melayu di sana sangat utuh. Jika mereka kata hanya kerana ramai pengundi India dan Cina (di Johor), mereka boleh tawan Johor, mereka tidak faham politik di Johor sebenarnya,” katanya.

Mengambil contoh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang pada 2011, Ahmad berkata, calon BN Mohd Azahar Ibrahim mampu mempertahan kerusi itu walaupun komposisi pengundi di kawasan berkenaan ialah 53 peratus bukan Melayu dan 47 peratus Melayu. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: