Dr M: Mahasiswa Tamak, Tidak Berterima Kasih Kepada Kerajaan

imageMELAKA – Sikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bimbang dengan perkara itu kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan.

“Kerajaan sejak dahulu sediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa, mahasiswa terdahulu yang baru dapat kemudahan memang rasa terima kasih sangat
tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa malah lihat benda ini perkara biasa yang kerajaan buat untuk mereka. Ini timbul rasa tamak nak lebih lagi.

“Selesa dan tamak ini kaburkan mata mereka untuk berfikir negara ini punya had tertentu dalam beri kemudahan bagi pastikan kewangan negara diurus dengan baik. Ini makin teruk apabila ‘dibaja’ dengan fitnah ‘orang itu’ seperti nak beri pendidikan percuma dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk “Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara” di Universiti Teknikal Malaysia, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, seorang mahasiswa perlu bijak menilai baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan kebijaksanaan mereka, bukan mengikut perasaan
atau nafsu semata-mata.

“Mahasiswa ini bila dah habis belajar, tidak ada gunanya dapat ijazah sekiranya tiada kebijaksanaan pada mereka. Segenggam ijazah sahaja tidak akan
membantu mereka menjadi pemimpin masa depan.

“Mereka sememangnya terdedah dengan pelbagai pendapat dan ideologi daripada semua pihak, jadi kebijaksanaan ini membolehkan mereka memilih mana yang baik.
“Kalau pilih yang buruk, negara akan hancur kerana mahasiswa ini pemimpin masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata bagi menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, mahasiswa perlu belajar mendekati dan memahami orang yang mereka pimpin.

“Mahasiswa kalau nak jadi pemimpin kena ingat bukan kerana nak senangkan diri sendiri, tapi kerana nak senangkan orang lain. ‘Title’ pemimpin bukan untuk berlagak atau ingin dipandang tinggi orang lain. Ia ‘title’ untuk menjadi hamba kepada orang yang kita pimpin,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita tentang dakwaan wujudnya pihak tertentu cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), Dr Mahathir berkata, perkara berkenaan boleh berlaku. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: