JBPM Kelantan Buat Pemeriksaan Keselamatan Pusat Penjumlahan Undi

kempenPRK-benderaKOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPM) akan membuat pemeriksaan kali kedua mengenai aspek keselamatan semua pusat penjumlahan undi di negeri ini sempena pilihan raya umum ke-13.

Pengarahnya Azmi Osman berkata langkah itu diambil bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran yang boleh  mengganggu proses pengiraan undi yang akan diadakan di pusat-pusat berkenaan.

“Pada 2012 kita telah membuat pemeriksaan di tempat berkenaan dan pada kali ini kita semak semula untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan sistem dan alat yang berada di pusat mengundi tersebut kerana jarak masa yang lama antara semakan pertama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bulanan jabatan itu di Tunjong di sini hari ini.

Beliau juga berkata justeru itu, cuti anggota jabatan itu juga akan dibekukan bagi mengelak kekurangan anggota ketika tempoh  pilihan raya berlangsung dan pihaknya juga akan menggunakan khidmat bomba sukarela.

“Selain itu, kita juga akan membuat rondaan menggunakan unit motosikal dan utiliti di seluruh negeri bagi pemantauan harian berhubung aspek keselamatan untuk penilaian dan tindakan lanjut,” katanya.

“Kita juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan yang lain bagi memastikan semua berjalan lancar, dan akan memastikan setiap kes yang berlaku dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata sebanyak 50 peratus kebakaran hutan tanah gambut seluas kira-kira 40 hektar di Beris  Lalang, Bachok yang bermula Jumaat lalu telah dapat dipadamkan oleh kira-kira 50 anggota yang bertugas.

“Namun pihak kami turut menerima halangan berikutan tiupan angin daripada kawasan pantai yang menyebabkan api mudah merebak,” katanya.

Beliau berkata kebakaran hutan tanah gambut ini berlaku setiap tahun, terutama pada musim kemarau kerana penduduk yang masih kurang peka dengan tindakan mencegah kebakaran yang boleh mereka amalkan.

Pihaknya juga turut membuat rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mudah berlaku kebakaran hutan bagi mengelak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk serta menjejaskan alam  sekitar, katanya.

“Antara tempat yang sering mengalami kebakaran hutan adalah di Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, dan  sejak Januri lepas kita terima 34 laporan berhubung kebakaran kecil hutan,” katanya.

Beliau berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat mengenai kebakaran kepada pihak bomba.  – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: