KPT Perkenal Pelan Strategik

imageKOTA BHARU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperkenalkan Pelan Strategik dan Tindakan dalam usaha memperkasa bidang keusahawanan dalam kalangan penuntut politeknik di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, pelan yang diperkenalkan menerusi Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) itu terbahagi kepada dua, iaitu jangka masa pendek dan panjang.

“Kami sedar untuk melahirkan usahawan bukan perkara yang mudah jadi untuk permulaan pelan jangka pendek akan dilangsungkan dalam tempoh dua tahun bermula sekarang dan berakhir pada 2015 nanti,” katanya semalam.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Keusahawanan Politeknik Malaysia di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Datuk Mohlis Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa dan Pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) Noor Azahan Othman.

Menurutnya, pelan tersebut akan berperanan memberi pendedahan serta memupuk semangat dan budaya usahawan dalam kalangan penuntut politeknik.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan penuntut menjadikan bidang tersebut sebagai pilihan sejurus sahaja mereka melangkah keluar ke alam pekerjaan.

Ab Rahim berkata, usaha tersebut pasti tercapai dengan sokongan daripada seluruh warga politeknik di seluruh negara.

“Untuk memastikan usaha tersebut tercapai juga, KPT menyediakan pelbagai bantuan dana kepada mereka yang mahu menjayakan program keusahawanan selain pembiayaan oleh agensi kewangan di negara ini.

“Selain itu, kami juga akan mewujudkan ikon dalam kalangan graduan yang telah berjaya menjadi usahawan dalam usaha menyemarakkan lagi semangat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ikon tersebut juga akan dipilih dalam kalangan ikon usahawan negara yang berjaya, sebagai salah satu daripada sumber motivasi. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: