Selangor Kini Jadi Tumpuan ‘Parasit’ Politik

imageTANJONG KARANG – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan negeri itu kini menjadi tumpuan ‘parasit’ politik yang telah ditolak penduduk negeri lain.

Katanya kedatangan mereka itu yang sebelum ini bertanding di luar Selangor juga memberi gambaran pakatan pembangkang tidak mempunyai anak tempatan berkaliber untuk diletak sebagai calon.

“Nampaknya suami kata nak bertanding di Selangor, ini isteri pula (nak bertanding) di DUN (dewan undangan negeri), jadi dua-dua lari dari Pulau Pinang datang ke Selangor. Kenapa tidak bawa sekali anak-anak bertanding di sini? Orang Selangor sudah tidak ada ke yang layak jadi wakil rakyat?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh merujuk kepada desas-desus Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mahu bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Mengulas lanjut, Noh berkata perbuatan pemimpin pakatan pembangkang itu juga membayangkan mereka tidak menghargai pemimpin tempatan.

“Biar orang Selangor jadi penonton sahajalah, kerja kuat-kuat dia bawa orang luar, ini lebih teruk daripada kroni,” kata Noh sinis.

Beliau juga berpandangan wujud masalah dalaman yang serius dalam PKR Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah mengiktiraf Dr Wan Azizah menjadi menteri besar di Selangor selepas ini.

“Kumpulan (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) nak tolak dia (Khalid) jadi menteri besar, dia pun tidak mahu Azmin jadi menteri besar, jadi dia kata biarlah Wan Azizah jadi menteri besar.

“Mereka belum pasti akan menang tetapi sudah ada adu domba antara mereka siapa nak jadi menteri besar…nampak sangat PKR Selangor berpecah,” katanya.

Semalam Abdul Khalid dilapor berkata Dr Wan Azizah layak menjadi menteri besar negeri itu ketika ditanya khabar angin bahawa Presiden PKR tersebut akan bertanding di kerusi Dun di Selangor.

Sebelum ini, Azmin dilapor berkata Selangor akan menerima menteri besar yang baharu kerana khidmat Abdul Khalid lebih diperlukan pada peringkat pusat jika pembangkang berjaya ke Putrajaya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu hadir pada majlis pecah tanah Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang dan pelancaran “touch point” peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor di sini. – Bernama

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: