70 Guru Dan Pelajar Pondok Agama Pilih UMNO Sebagai Wadah Perjuangan

Pondok

Oleh HANA MARYAM

PASIR MAS – Sebanyak 70 guru dan pelajar sekolah pondok yang terdiri daripada ahli Pas meninggalkan parti itu setelah sedar kegagalan parti itu memartabatkan Islam setelah lebih 23 tahun memerintah negeri ini.

Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata, mereka memilih UMNO sebagai wadah perjuangan kerana yakin hanya UMNO yang mampu memartabatkan Islam di negara ini dan tertarik dengan keprihatinan kerajaan pusat yang sering menyalurkan bantuan kepada rakyat selama ini.

“Budi Umno dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan kami bertukar fikiran untuk keluar daripada Pas.

“Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat Pas tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam,” katanya pada majlis penyerahan borang keahlian Umno kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.

Beliau berkata, jasa UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi.

“Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin Umno boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya.

“Pas hanya pandai menabur janji dan tidak pernah ditunaikan kepada rakyat Kelantan,” katanya.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai Umno bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.

“Saya jangka lebih ramai anggota PAS akan keluar parti dan menyertai Umno. Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota PAS untuk sama-sama berjuang dalam Umno,” katanya.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: