‘Karpal Mimpi Di Siang Hari’

imagesSHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pembangkang akan mampu menawan tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini, sebagai satu keyakinan yang tidak rasional.

Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin pembangkang itu seolah-olah bermimpi di siang hari dan bercakap tanpa asas yang wajar.

Menurutnya, jika pembangkang memberikan keyakinan  sedemikian rupa untuk menang dengan majoriti mudah, Barisan Nasional (BN) juga mempunyai lebih banyak kelebihan kenapa rakyat mahu memberi mandat kepada kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Apa yang membuatkan Karpal begitu yakin untuk tawan tujuh hingga lapan negeri, janji kepada rakyat sebelum ini pun tidak ditunaikan masih berani memberikan keyakinan untuk tawan lebih banyak negeri.

“Jangan terlalu menabur keyakinan jika tidak mempunyai fakta yang lengkap. Kalau setakat yakin, BN juga boleh keluarkan kenyataan dapat tawan semua negeri tetapi hanya rakyat yang boleh memberi mandat dan menilai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal pembangkang sekali lagi mengulangi keyakinannya menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini dengan menang majoriti mudah termasuk di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan BN kini aktif membantu rakyat khususnya menerusi saluran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelbagai program di seluruh negara membabitkan rakyat di pelbagai peringkat dengan membabitkan peruntukkan yang besar.

“Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tiada benda yang diberikan kepada rakyat, sudahlah pemimpin mereka bermasalah janji juga tidak ditepati,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

One Comment on “‘Karpal Mimpi Di Siang Hari’”

  1. April 1, 2013 at 12:57 pm #

    Ahmad Maslan ni ketua penerangan UMNO tetapi sampai la ni UMNO tak ada organ “lidah”. Jangan bergantung kepada Utusan dan sejenisnya. Lihat di Selangor dan kelantan, bila UMNO tak ada organ lidah yg rasmi, susah nak buat psy-war. Kalau lepas ni UMNO kalah teruk dan bertukar kerajaan pusat, saya belasah je ahmad maslan ni sebab bab organ lidah tu pun tak boleh nak buat. Kalau kalah, nak dapat permit terbitan dan cetakan …… jangan mimpi le. Gempaq dalam media kerajaan boleh le, ajak berdebat ….. mad maslan ni menyorok belakang pokok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: