Kerajaan Pusat Tidak Sisih Kelantan

imageKOTA BHARU – Dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa Kerajaan Pusat enggan membantu menyediakan stadium lebih canggih sehingga memaksa kerajaan negeri berusaha sendiri mengadakannya, tidak benar.

Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin berkata, Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan Kelantan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini baru-baru ini, turut menjanjikan pembinaan stadium,” katanya selepas penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 64 warga emas di Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin, di sini, semalam.

Turut hadir, Penyelaras Dun Panchor, Che Rosli Hassan, Naib Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman dan Ketua Wanita Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope.

Sumbangan itu sebahagian daripada RM16,147 juta yang diperuntukkan kepada 60,476 penerima di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa, melibatkan bantuan awal persekolahan dan BR1M.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang mendakwa Kerajaan Pusat enggan membantu negeri, termasuk menyediakan infrastruktur untuk pembinaan Stadium Negeri di Bukit Merbau, Pasir Putih.

Dali berkata, kerajaan negeri berasa terancam dengan pelawaan Kerajaan Pusat hendak mendirikan stadium di Kelantan, kerana ia boleh menjadi salah satu inisiatif di sebalik undi rakyat, terutama golongan muda.

Beliau berkata, kerajaan negeri mungkin tidak mampu membina stadium yang bernilai hampir RM250 juta itu seperti projek lain yang pernah dijanjikan sebelum ini.

“Ini tidak lebih daripada gimik politik untuk memancing undi. Mereka berlumba dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan pelbagai pembangunan” katanya.

Penyelaras Panchor, Che Rosli Hassan, berkata Kelantan sudah lama diberikan pelbagai kelebihan yang tidak dimiliki oleh negeri lain.

“Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) pun Kelantan mendapat peruntukan paling besar, iaitu seba RM7.6 bilion,” katanya. – Sinar Harian.

Tags:

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: