Tindakan Mohamad Bustamam Hanya Permainan Pas?

Abdul Aziz Kadir

Oleh HANA MARYAM

KOTA BHARU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan tidak sesekali menyalahkan Pas berhubung tindakan Ketua Pas Cawangan Guchil Hulu, Muhamad Bustamam Yaacob yang ingin bertanding atas tiket bebas.

Pengerusinya, Abdul Aziz Kadir berkata, beliau bersetuju dengan pandangan yang telah dinyatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz yang menyifatkan tindakan itu hanya akan menimbulkan perpecahan dalam pakatan pembangkang dan mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dalam pembahagian kerusi.

Beliau berkata, sebagai ahli Pas, Mohamad Bustamam sepatutnya menghormati kehendak parti dan bukannya membuatkan keputusan sendiri.

“PKR tidak sesekali menyalahkan Pas. Jika dia (Mohamad Bustamam) betul ahli Pas sudah pasti dia perlu mengikuti keputusan yang telah dibuat parti dan bukannya ikut sesuaka hati dia.

“Kita pun telah dengar pendirian dan keputusan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz. Jadi tidak timbul sebarang kekeliruan mengenainya,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan tindakan Mohamad Bustamam itu adalah perancangan yang diatur Pas untuk menggugat kedudukan calon PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil.

Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Pas tidak perlu bimbang dengan PKR dan tidak seharusnya bertindak demikian kerana PKR bukanlah memiliki majority kerusi DUN di negeri ini.

“Buat apa Pas nak buat begitu kerana di Kelantan kita memiliki 45 kerusi DUN yang mana 40 daripadanya adalah milik Pas. Jadi tidak ada gunanya untuk Pas berbuat demikian.

“Sebab itulah saya menolak dakwaan bahawa tindakan Mohamad Bustamam itu adalah permainan atau drama yang dicipta oleh Pas. Tidak masuk akal untuk Pas berbuat demikian,” katanya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Moahamd Bustamam menyatakan pendiriannya yang ingin bertanding di atas tiket Bebas atas desakan penyokong dan pengikut Pas yang kecewa dengan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri , Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasn terbabit.

Tuan Zamri Ariff bagaimanapun enggan melayan tindakan Mohamad Bustamam itu dan menyifatkan ia bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat parti.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Mohamad Bustamam bukanlah keputusan yang dibuat parti sebaliknya ia adalah keputusan sendiri.

“Jika dia betul ahli Pas, dia mestik ikut keputusan jemaah yang telah diputuskan oleh mesyuarat parti. Tindakan Mohamad Bustamam ini tidak perlu dilayan.

“Ia umpama anjing kurap, kalau kita halau dia sewaktu kita tengah makan di warong mesti orang suka tetapi kalau kita pukul mesti orang marah,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff mendapat 6,784 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

Tags: , ,

Categories: Berita

Subscribe

Subscribe to our RSS feed and social profiles to receive updates.

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: